DOA BUAT MU AHLI GHAZZAH

Wanita

Photobucket

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM.....

Monday, November 17, 2008

SIAPAKAH JESUS SEBENARNYA?


Pada pandangan Islam, baginda adalah seorang nabi dan rasul yang diutuskan kepada kaum Bani Israel.Baginda nabi Isa dibaptiskan oleh nabi Yahya. Baginda menyampaikan syariat Allah berdasarkan kepada petunjuk Allah melalui wahyu. Syariat yang disampaikan baginda mendapat tentangan kaumnya sendiri bahkan dituduh sebagai sesat kerana mahu mengubah aturan dan perjanjian Nabi Musa dengan Allah.
Sesetengah berpendapat bahawa nabi Isa mempunyai 12 orang sahabat yang dikenali di dalam Al-Quran sebagai Hawariyyun. Pada pandangan Islam juga, baginda diangkat ke langit ketika berusia 33 tahun.

Di dalam Al-Quran, tidak terdapat satu pun kalimah Kristian disebut. Tetapi Al-Quran menggunakan kalimah Nasara yang merujuk kepada pengikut agama Nasrani.
Asal perkataan Nasara adalah tempat baginda nabi Isa berdakwah iaitu Nazareth.
Pada pandangan kaum Kristian, baginda dikenali sebagai Jesus (Yesus, Messiah, Kristus dll).
Dalam konteks ini, Jesus yang dimaksudkan adalah seorang lelaki ajaib yang dilahirkan oleh seorang wanita suci bernama Maria (Maryam) dan dilahirkan di suatu tempat bernama Baitul Laham (Palestin).
Pada permulaan dakwah baginda, baginda ditolak kaumnya bahkan sehingga sekarang kaum Yahudi tidak beriman dengan nabi Isa.

Pada pandangan Kristian, baginda Jesus merupakan tuhan dunia yang diutus untuk menyucikan manusia dari dosa (Dosa Warisan Nabi Adam?) dan akan dibangkitkan kembali untuk mengkristiankan seluruh dunia.
Mengikut kajian sejarah, golongan Kristian telah mengiktiraf Jesus sebagai tuhan selepas 200 tahun kematian Jesus, sedangkan sebelum itu baginda adalah seorang manusia biasa.
Akibat campurtangan manusia terhadap kitab Injil, maka berlakulah penyelewengan agama Kristian yang amat ketara.
Di dalam Bible terdapat satu kata-kata (kononnya kata-kata Jesus) yang memberi isyarat bahawa dirinya bukanlah tuhan bahkan manusia biasa sahaja ketika hampir sahaja Jesus untuk disalib. Katanya; "Eli, Eli... Lama Sabachtani?" yang membawa erti "Tuhan, Tuhan ....Kenapa Engkau meninggalkan ku? Maka terbuktilah bagaimana tuhan dapat merayu-rayu bahkan meminta pertolongan dengan Allah! Untuk keterangan lanjut bolehlah dapatkan risalah percuma (Isa dan Kebangkitan Di Akhir Zaman) di alamat yang tertera:

Muhammad Abdullah (Hanis08)
Pt 5664 Jalan Pantai, Kg Sura Hujung, 23000 Dungun Terengganu
inskefi_iptho@yahoo.com.my

No comments: