DOA BUAT MU AHLI GHAZZAH

Wanita

Photobucket

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM.....

Friday, March 13, 2009

Pengharaman Penggunaan Nama Allah Untuk Bukan Islam Di Malaysia

( Satu Tinjauan Tentang Kewajarannya Daripada Perspektif Hukum )


Disediakan oleh:

Tuan Mohd Sapuan Tuan Ismail,

Pensyarah Jabatan Usuluddin,

Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri, Kelantan.

Email: tasekpauh@yahoo.com

Sabtu, 3 Rabiul Awwal 1430/ 28 Feb 2008.

Tel: 013-6353463



بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد.

Muqaddimah

Pada 31 Disember 2007, Kementerian Dalam Negeri telah mengharamkan akhbar The Herald Tribune untuk menggunakan nama Allah dalam akhbarnya. Akhbar tersebut merupakan satu akhbar mingguan Kristian Katolik. Mereka menterjemahkan ke dalam bahasa melayu, kalimah “Allah” untuk merujuk kepada tuhan mereka. Pengharaman KDN ini adalah sama dengan keputusan mesyuarat Kabinet bertarikh 16 Mei 1986 yang telah memutuskan bahawa perkataan Allah adalah antara kalimah-kalimah yang dilarang penggunaannya oleh mereka yang bukan beragama Islam. Keputusan ini disambut baik oleh masyarakat Islam di Malaysia. Namun, terdapat sebahagian umat Islam, termasuk ahli agama sendiri tidak bersetuju dengan peraturan ini[1]. Artikel ini ditulis untuk menyatakan pendirian penulis dalam masalah ini.

Mencari Di Manakah Sebenarnya Punca Permasalahan

Mencari di manakah sebenarnya berlaku khilaf ( تحرير محل النزاع ) merupakan satu perkara yang sangat penting bila berlakunya sesuatu perbezaan pendapat. Boleh jadi, pendapat yang dianggap berbeza sebenarnya adalah sama. Ini kerana pendapat-pendapat yang berbeza itu dilihat dari sudut yang berlainan. Dalam masalah ini, saya dapati kita perlu menjawab persoalan-persoalan di bawah:

1- Adakah benar hanya orang Islam yang mendakwa tuhan mereka ialah Allah?

2- Adakah Islam menghalang orang bukan Islam untuk mendakwa tuhan mereka ialah Allah? Sedangkan mereka bukan menerima Islam.

3- Adakah kalimah “Allah” bagi masyarakat Islam Malaysia mempunyai makna yang sama dengan kalimah “Allah” yang disebut oleh penganut agama lain, terutamanya Kristian?

4- Adakah kalimah “Allah” dalam bahasa Melayu hanya bererti tuhan atau ia adalah kata nama khas untuk Tuhan Yang Maha Esa?

5- Adakah boleh kerajaan meminda satu undang-undang bagi menjaga aqidah umat Islam daripada terpesong? Antaranya ialah pemesongan pemahaman kalimah “Allah”.

Menjawab Permasalahan-Permasalahan Tadi

Untuk memudahkan kefahaman, saya akan membincangkan permasalahan-permasalahan tadi secara berasingan, satu persatu.

Masalah Pertama: Adakah Benar Hanya Orang Islam Yang Mendakwa Tuhan Mereka Ialah Allah?

Bagi masalah yang pertama, rasanya semua bersepakat bahawa bukan orang Islam sahaja yang mendakwa tuhan mereka ialah Allah. Ini kerana nas dengan jelas menyatakan demikian. Antaranya ialah:

1-Firman Allah SWT:

﴿ وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ ﴾
Ertinya: “Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)”. Surah al-Ankabut: 61.

2- Firman Allah SWT:

﴿ وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ ﴾

Ertinya: “Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah : "Segala puji bagi Allah"; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat Allah yang sebenar)”. Surah Luqman: 25.

3- Firman Allah SWT:

﴿ وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ خَلَقَهُنَّ الْعَزِيزُ الْعَلِيمُ (9) الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ مَهْدًا وَجَعَلَ لَكُمْ فِيهَا سُبُلًا لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ ﴾

Rtinya: “Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?", nescaya mereka akan menjawab: "Semuanya diciptakan oleh yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui". Surah az-Zukhruf: 9-10.

Masalah Kedua: Adakah Islam Menghalang Orang Bukan Islam Untuk Mendakwa Tuhan Mereka Ialah Allah?

Bagi masalah yang kedua, rasanya semua bersepakat bahawa Islam tidaklah menghalang umat lain mendakwa demikian. Apatah lagi mereka bukannya menerima aqidah Islam. Namun Islam memperbetulkan tanggapan silap mereka terhadap Allah SWT, dan menegaskan bahawa Allah SWT adalah Esa dan tiada sebarang kekurangan, berbeza dengan apa yang dikatakan mereka. Antara ayat suci yang menunjukkan demikian ialah:

1- Firman Allah SWT:

﴿ وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللَّهِ وَقَالَتِ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللَّهِ ذَلِكَ قَوْلُهُمْ بِأَفْوَاهِهِمْ يُضَاهِئُونَ قَوْلَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَبْلُ قَاتَلَهُمُ اللَّهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ (30) اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ بْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ ﴾
Ertinya: “Orang-orang Yahudi berkata: "Uzair itu putera Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al masih itu putera Allah". Demikianlah itu ucapan mereka dengan mulut mereka. Mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Allah melaknati mereka. Bagaimana mereka boleh berpaling? Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) Al-Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan”. Surah at-Taubah: 30-31.

Ayat ini menunjukkan betapa Allah SWT memperbetulkan aqidah Yahudi dan Kristian. Bahkan Allah SWT dalam ayat ini menyatakan terdapat perbezaan yang begitu jelas antara “Allah” pada pandangan bukan Islam dan juga “Allah” pada pandangan orang Islam.

2- Firman Allah SWT:

﴿ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ وَلَا تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ إِلَّا الْحَقَّ إِنَّمَا الْمَسِيحُ عِيسَى بْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ اللَّهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَلَا تَقُولُوا ثَلَاثَةٌ انْتَهُوا خَيْرًا لَكُمْ إِنَّمَا اللَّهُ إِلَهٌ وَاحِدٌ سُبْحَانَهُ أَنْ يَكُونَ لَهُ وَلَدٌ لَهُ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَكَفَى بِاللَّهِ وَكِيلًا ﴾
Ertinya: “Wahai ahli kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al-Masih, Isa putera Maryam itu, adalah Rasul (utusan) Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimatNya yang disampaikanNya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasulNya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga". Berhentilah (dari ucapan itu). (Berhenti daripada mengatakan demikian itu adalah) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Esa. Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaanNya. Cukuplah Allah menjadi Pemelihara”. Surah an-Nisa’: 171.

Ayat ini memperbetulkan persepsi salah orang Kristian tentang “Allah”. Bahkan ayat ini melarang orang Kristian daripada menyatakan aqidah yang salah itu. Iaitu aqidah yang menganggap Allah adalah salah satu daripada unsur tuhan yang tiga (trinity). Namun, Kristian yang ada pada hari ini, masih berdegil dan kekal menyatakan demikian. Tetapi ayat ini tidaklah melarang golongan Kristian untuk mendakwa bahawa Allah merupakan tuhan mereka.

Masalah Ketiga: Adakah Kalimah “Allah” Bagi Masyarakat Islam Malaysia Mempunyai Makna Yang Sama Dengan Kalimah “Allah” Yang Disebut Oleh Penganut Agama Lain, Terutamanya Kristian?

Bagi masalah ketiga, rasanya semua boleh sepakat bahawa pemahaman kalimah Allah bagi masyarakat Islam di Malaysia dan juga di mana-mana sekalipun adalah berbeza dengan kalimah “Allah” yang disebutkan oleh orang-orang Kristian. Dan nas al-Qur’an sendiri yang menunjukkan demikian. Antaranya ialah ayat 30 dan 31 surah at-Taubah, yang sudah disebutkan tadi. Dan antaranya juga ialah:

1- Firman Allah SWT:

﴿ لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ بْنُ مَرْيَمَ وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ ﴾
Ertinya: “Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih putera Maryam", padahal Al-Masih (sendiri) berkata: "Wahai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu". Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka. Dan tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun” . Surah al-Maidah: 72.

2- Firman Allah SWT:

﴿ لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ ثَالِثُ ثَلَاثَةٍ وَمَا مِنْ إِلَهٍ إِلَّا إِلَهٌ وَاحِدٌ وَإِنْ لَمْ يَنْتَهُوا عَمَّا يَقُولُونَ لَيَمَسَّنَّ الَذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ ﴾
Ertinya: “Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: "Bahawasanya Allah salah satu daripada yang tiga". Sedangkan sekali-kali tidak ada tuhan selain dari (Allah) Tuhan yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir di kalangan mereka akan ditimpa seksaan yang pedih”. Surah al-Maidah: 73.

Kedua-dua ayat ini dengan jelas menunjukkan bahawa wujud perbezaan yang ketara tentang kefahaman terhadap kalimah “Allah”, antara golongan Kristian dan ajaran Islam yang dibawa oleh keseluruhan para Nabi, termasuk Nabi Isa a.s.

3- Firman Allah SWT:

﴿ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ وَلَا تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ إِلَّا الْحَقَّ إِنَّمَا الْمَسِيحُ عِيسَى بْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ اللَّهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَلَا تَقُولُوا ثَلَاثَةٌ انْتَهُوا خَيْرًا لَكُمْ إِنَّمَا اللَّهُ إِلَهٌ وَاحِدٌ سُبْحَانَهُ أَنْ يَكُونَ لَهُ وَلَدٌ لَهُ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَكَفَى بِاللَّهِ وَكِيلًا ﴾
Ertinya: “Wahai ahli kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al-Masih, Isa putera Maryam itu, adalah Rasul (utusan) Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimatNya yang disampaikanNya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasulNya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga". Berhentilah (dari ucapan itu). (Berhenti daripada mengatakan demikian itu adalah) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Esa. Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaanNya. Cukuplah Allah menjadi Pemelihara”. Surah an-Nisa’: 171.

Dan bagi saya, ini adalah antara punca perselisihan, sekalipun semua bersepakat dengan perkara tadi. Ini kerana sebahagian daripada kita, bila membincangkan perkara ini telah terlupa bahawa sekalipun kalimah Allah disebutkan juga disebutkan oleh penganut agama Kristian, namun pemahaman tentang kalimah itu adalah berbeza. Ini kerana “Allah” bagi masyarakat Islam adalah satu “Zat” yang Esa dan mempunyai seluruh kesempurnaan. Inilah aqidah kaum muslimin. Dan keseluruhan nas al-Qur’an dan al-Hadis menunjukkan demikian. Antaranya ialah:

1- Firman Allah SWT:

﴿ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ (4) ﴾
Ertinya: “Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara denganNya." Surah al-Ikhlas: 1-4. Ayat ini menunjukkan bahawa Allah SWT yang sebenar ialah Yang Esa dan semua makhluk bergantung kepada kekuasaanNya.

2- Firman Allah SWT:

﴿ هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ (22) هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ (23) هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ﴾
Ertinya: “Dialah Allah yang tiada tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada tuhan selain Dia, Dialah Raja, Yang Maha suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah daripada apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang mempunyai Asma’ul Husna. Bertasbih kepadaNya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. Surah al-Hasyr: 22-24.

Ayat ini menunukkan bahawa Allah SWT mempunyai nama-nama yang baik yang menunukkan bahawa tiada sebarang kekurangan kepada Allah SWT. Ia jelas berbeza dengan pandangan penganut agama lain kepada Allah SWT. Ini kerana penganut agama lain masih meletakkan sifat kekurangan kepada Allah SWT, sekalipun menganggap bahawa Allah SWT itu adalah tuhan mereka. Contohnya, Yahudi dan Kristian menganggap tuhan mempunyai anak. (Rujuk surah at-Taubah: 30-31). Kaum musyrikin Jahiliyyah juga menganggap bahawa ِAllah SWT mempunyai anak-anak perempuan. Firman Allah SWT:

﴿ وَيَجْعَلُونَ لِلَّهِ الْبَنَاتِ سُبْحَانَهُ وَلَهُمْ مَا يَشْتَهُونَ ﴾
Ertinya: “Dan mereka menetapkan bagi Allah anak-anak perempuan. Maha Suci Allah, sedang untuk mereka sendiri (mereka tetapkan) apa yang mereka sukai (iaitu anak-anak lelaki)”. Surah an-Nahli: 57.

Masalah Keempat: Adakah Kalimah “Allah” Dalam Bahasa Melayu Hanya Bererti Tuhan Atau Ia Adalah Kata Nama Khas Untuk Tuhan Yang Maha Esa?

Bagi masalah keempat, saya berpendapat ini adalah antara punca permasalahan. Ini kerana masalah penterjemahan adalah masalah bahasa. Boleh jadi seseorang itu mahir dalam bidang agama, namun lemah dalam bidang bahasa, termasuk bahasa ibundanya sendiri.

Penterjemahan Kalimah Allah Dalam Bahasa Melayu Dan Inggeris

Dalam bahasa Melayu, kalimah Allah hanyalah merujuk kepada tuhan Yang Maha Esa sahaja, dan tidak merujuk kepada makna tuhan semata-mata. Kerana inilah bila kita terjemahkan syahadah, kita menyatakan:

“Saya bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah”.

Ini bererti bahawa kalimah tuhan boleh digunakan untuk tuhan yang sebenar yang perlu dan berhak disembah, dan juga tuhan yang batil. Dan kalimah tuhan dalam bahasa Melayu bukan bererti Allah. Sebagai contoh, kita tidak terjemahkan syahadah dengan:

“Saya bersaksi bahawa tiada Allah melainkan Allah”.

Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka juga menghuraikan kalimah “Allah” sebagai “Tuhan Yang Esa”.

(Rujuk: Kamus Dewan, Edisi Baru, Ketua Editor: Sheikh Othman bin Sheikh Salim, cet. 4, 1993, Percetakan Yayasan Islam Terengganu, Gong Badak, Kuala Terengganu, hal. 28).

Begitu juga Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Dalam menterjemahkan kalimah “Allah”, daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu, ia menyebut: Allah n. Allah, tuhan orang Muslim. Huruf “n” kecil di situ adalah ringkasan noun, iaitu kata nama.

(Rujuk: Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, oleh Joyce M. Hawkins, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Cet. 3, 2005, hal. 10)

Ini bererti dalam bahasa Inggeris juga menganggap bahawa “Allah” hanyalah khusus untuk tuhan orang Islam. Kamus Little Oxford Dictionary, iaitu kamus Inggeris - Inggeris menyebut: Allah : Muslims name of God (ertinya nama tuhan orang Islam).

(Rujuk: Little Oxford Dictionary, first edited by George Ostler, revised seventh edition, dited by Maurice Waite, printed in Great Britain, Clarendon Press, Oxford, 1998, pg 16.)

Kesimpulannya, saya rasakan kita semua menerima, bahawa kalimah Allah dalam bahasa Melayu hanya merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa, dan bukannya merujuk kepada tuhan semata-mata (samada yang berhak disembah atau tidak). Ini adalah berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan di atas dan juga uruf penggunaan kalimah tersebut dalam masyarakat Melayu. Kalimah “Allah” dalam bahasa Melayu berbeza dengan kalimah “God” atau “Lord” .

Tambahan

Sepanjang pembacaan saya, kalimah yang ingin digunakan oleh akhbar Herald untuk diterjemahkan dalam edisi bahasa Melayu sebagai Allah ialah kalimah God. Kalimah God bukan bererti Allah dalam bahasa Melayu, bahkan bererti tuhan. Jadi menterjemahkan God kepada Allah merupakan satu kesilapan dari sudut bahasa Melayu. Kesilapan ini membawa kepada kesilapan pemahaman kepada orang-orang Melayu. Ini menunjukkan kepada betapa pentingnya memahami bahasa Melayu untuk terjemahan.

Bidang penterjemahan memerlukan kepada penelitian. Sebagai contoh, terdapat perkataan yang menggunakan kalimah “Allah” dalam bahasa arab, dan digunakan oleh orang arab kini, samada yang beragama Islam dan tidak, tetapi ia tidak membawa maksud “Allah”. Antara contohnya ialah:

1- “يالله”. Ia hanya membawa erti : cepat dan sebagainya.

2- “والله”. Ia boleh diterjemahkan sebagai: Ya, memang.

3- “لا والله”. Ia boleh diterjemahkan sebagai: memang tidak.

4- “بالله”. Ia biasanya digunakan untuk menguatkan kebenaran apa yang disebutkan. Sama juga: “بالله عليك” atau “والله” digunakan juga untuk menunjukkan kehairanan tentang sesuatu.

5- “ إن شاء الله”. Perkataan ini biasanya digunakan untuk maksud OK sahaja. Ini kerana ia juga digunakan oleh orang bukan Islam dan juga yang tidak beragama. Mungkin sangat sedikit orang arab yang menggunakan kalimah ini, dengan mengingati jika diizinkan “Allah”.

6- Kalimah : “الله، الله”. Ia boleh diterjemahkan sebagai penguat kata sahaja.

Terdapat juga ayat-ayat yang menggunakan nama Allah, namun penggunaannya sekarang di kalangan orang arab hanyalah sebagai “pemanis kata” sahaja. Antaranya ialah kalimah-kalimah berikut: “الله يبارك فيك” , ““ الله يخليك” , “ الله يستر” , “ الله يهديه” , dan sebagainya.

Begitu juga dalam bahasa melayu, penterjemahan kalimah “ قال ” adalah berbeza. Untuk Allah, kita terjemahkan dengan berfirman. Untuk Nabi, kita terjemahkan sebagai bersabda. Untuk raja, kita terjemahkan sebagai bertitah. Untuk orang biasa kita terjemahkan sebagai berkata. Dalam bahasa Melayu bila kita terjemahkan Allah bersabda, Nabi berfirman, Raja berkata, terjemahan itu adalah salah, dan ia boleh membawa kepada kurang adab terhadap Allah dan juga Nabi. Kita tidak boleh menjadikan alasan dengan berkata: “sama sahaja, kerana dalam bahasa arab, semuanya menggunakan kalimah “ قال ”. Ia adalah satu kesilapan.

Masalah Kelima: Adakah Boleh Kerajaan Meminda Satu Undang-Undang Bagi Menjaga Aqidah Umat Islam Daripada Terpesong? Antaranya Ialah Pemesongan Pemahaman Kalimah “Allah”.

Bagi saya, di sinilah sebenarnya permasalahan yang perlu dibincang. Ini kerana saya rasakan semua boleh bersepakat menerima empat permasalahan yang lepas. Jadi di sinilah sebenarnya tempat perselisihan. Dalam masalah ini, saya menyatakan untuk bersetuju dengan langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengharamkan akhbar Herald Chatolic daripada menterjemahkan “God” kepada “Allah” untuk edisi terbitan dalam bahasa Melayu. Pendapat ini adalah berasaskan kepada hujah-hujah berikut:

Hujah Pertama: Qaedah Fiqh yang menyatakan bahawa “Pemerintah Hendaklah Melakukan Sesuatu Demi Kepentingan Rakyat” ( تصرف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة ).

Dan maslahah di sini ialah menjaga aqidah umat Islam Malaysia. Dan ini termasuk dalam perkara menjaga agama ( حفظ الدين ) yang menjadi maqasid asas kepada agama Islam. Ini kerana penterjemahan kalimah God kepada Allah jelas menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Melayu dan juga bukan Melayu yang memahami bahasa Melayu (sebagaimana yang telah dibincangkan tadi). Ia juga untuk menjaga kesucian Nama Allah SWT. Firman Allah SWT:

﴿ وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ ﴾
Ertinya: “Dan kalimah Allah itulah yang tinggi. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. Surah at-Taubah: 40.

FirmanNya lagi:

﴿ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ﴾
Ertinya: “Dan mengingati ( serta menyebut) “Allah” itu adalah lebih besar”. Surah al-Ankabut: 45.

Hujah kedua: Konsep “Menyekat Pintu Keburukan” ( سد الذرائع ).

Melarang orang bukan Islam menterjemahkan God kepada Allah juga adalah jalan untuk menutup pintu-pintu yang boleh membawa kepada mafsadah (keburukan). Dan mafsadah di sini, bukan lagi satu perkara yang “wahmiyyah”, iaitu samar, tetapi mafsadah yang “mutahaqqiqah” (sebenar). Antara mafsadah tersebut ialah:

1- Mengelirukan masyarakat Melayu tentang perbezaan tuhan yang sebenar dengan tuhan yang batil yang dianggap tuhan. Ini kerana semuanya diterjemahkan sebagai “Allah”.

2- Orang Kristian yang sedang beribadat kepada tuhan mereka di gereja boleh dikatakan sedang beribadat kepada Allah. Ini kerana tuhan diterjemahkan sebagai Allah. Begitu juga orang Budha dan Hindu yang sedang menyembah berhala mereka, boleh dikatakan menyembah “Allah”, kerana patung tersebut adalah tuhan mereka.

3-Kesucian nama “Allah” akan tercemar, apatah lagi ia digunakan untuk merujuk kepada tuhan yang berbilang dan mempunyai kekurangan.

4- Membuka ruang kepada pluralisme agama. Ini kerana orang yang berfahaman pluralism agama, akan membuang sebanyak mungkin perbezaan yang wujud antara agama. Sedangkan agama Islam itu adalah berbeza dengan agama yang lain, kerana ia lebih tinggi, dan hanya satu-satunya agama yang diterima oleh Allah SWT.

5- Boleh mengelirukan orang-orang bukan Islam tentang Islam itu sendiri. Ini kerana mereka mungkin menganggap, apa guna untuk memeluk Islam, sedangkan Islam juga menyembah Allah, yang sama disembah oleh kaum Kristian. Dan ini boleh membantut kelancaran dakwah Islamiyyah.

Maka, menggunakan konsep “Saddu az-Zaraie” di sini bukan lagi pada perkara yang “wahmiyyah”, tetapi “haqiqiyyah”. Apatah lagi dalam masalah aqidah.

Hujah ketiga: Islamisasi kalimah dan Penggunaan Kalimah Pada Masa Sekarang

( العرف الاستعمالي للكلمة )

Penggunaan kalimah “Allah” pada masa sekarang ini dalam bahasa Melayu adalah tepat kerana ia dimaksudkan dengan tuhan Yang Maha Esa, yang menjadi tuhan semesta alam. Maka menggunakan “Allah” dengan makna tuhan yang sebenar dan tuhan yang batil adalah satu perkara, yang bukan sahaja bercanggah dengan uruf bahasa Melayu, bahkan juga dengan kesucian aqidah Islam.

Lagipun, kita hendaklah menyedari dan memahami, bahawa sebahagian kalimah telah diislamisasikan. Sebagai contoh, kalimah “ الصلاة” pada asalnya bererti doa. Namun pada masa ini, ia bererti kepada solat yang dilakukan oleh kaum muslimin. Begitu juga “الصوم” pada asalnya bererti menahan diri. Namun setelah kedatangan Islam, kaum muslimin menggunakan kkalimah ini untuk maksud ibadat puasa. Begitu juga “الزكاة” , pada asalnya bererti menyucikan atau subur. Namun, setelah kedatangan Islam, ia difahami sebagai harta yang wajib dikeluarkan oleh si kaya kepada golongan tertentu yang layak menerimanya.

Samalah halnya dengan kalimah “Allah”. Sebelum kedatangan Islam, ia digunakan untuk tuhan, samada Yang Maha Esa atau pun tidak. Namun, setelah kedatangan Islam, bagi kaum muslimin, ia hanya merujuk kepada tuhan Yang Maha Esa. Kalaulah perkara ini tidak disedari, maka gereja juga boleh dipanggil masjid, kerana ia merupakan tempat untuk beribadah kepada “Allah”.

Hujah keempat: Mengekalkan identiti aqidah kaum muslimin dan menolak sebarang kesamaran yang mungkin timbul. Ini kerana hanya Islam sahaja yang menganggap “Allah” itu tuhan yang Maha Esa. Dan masalah mengekalkan identiti aqidah ini merupakan satu perkara yang sangat penting. Bahkan perutusan seluruh para Nabi dan Rasul adalah untuk tujuan ini. Firman Allah SWT:

﴿ وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ ﴾
Ertinya: “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu". Maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya”. Surah an-Nahli: 36.

Kerana inilah Islam melarang segala apa yang boleh merosakkan identiti aqidah Islam, walaupun sedikit. Sebagai contoh:

1- Larangan berkata: “Apa yang dikehendaki Allah dan si polan”.

عنْ حُذَيْفَةَ بْنِ اليَمَانِ رَضِيَ اللَّه عَنْه عَنِ النَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قالَ : « لا تَقُولوا : ماشاءَ اللَّه وشاءَ فُلانٌ ، ولكِنْ قُولوا : مَا شَاءَ اللَّه ، ثُمَّ شَاءَ فُلانٌ » رواه أبو داود بإِسنادٍ صحيح.
Huzaifah bin al-Yaman r.a. meriwayatkan Nabi s.a.w. bersabda: “Jangan kamu berkata: “Apa yang diingini Allah dan diingini si fulan”. Tetapi katakanlah: “Apa yang diingini Allah dan kemudiannya diingini si fulan”. Hadis riwayat Abu Daud dengan isnad yang sohih.

Larangan ini dibuat kerana ia boleh menimbulkan kesamaran antara sifat Allah dan sifat makhluk, sekalipun semua muslimin memahami perbezaan “masyiah” Allah dan “masyiah” manusia adalah berbeza. Namun, ia dilarang kerana boleh menimbulkan kesamaran.

2- Larangan menyebut “Malikul Amlak”, iaitu raja segala raja. Ini kerana raja segala raja hanyalah “Allah” SWT.

عَنْ أَبي هُريْرَةَ رضِيَ اللَّه عَنْهُ عن النَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قال : « إِنَّ أَخْنَعَ اسمٍ عندَ اللَّهِ عزَّ وجَلَّ رَجُلٌ تَسَمَّى مَلِكَ الأَملاكِ » متفق عَلَيه .
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan daripada Nabi s.aw. bersabda: “Sesungguhnya nama yang paling hina di sisi Allah ialah seorang lelaki yang dipanggil Raja sekelian raja”. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Larangan ini dibuat bagi mengelakkan kesamaran antara “Allah” SWT dengan raja di kalangan manusia. Kalaulah gelaran raja segala raja digunakan untuk seorang raja, semua kaum muslimin menyedari bahawa dia bukanlah tuhan, namun ia tetap dilarang kerana menimbulkan kesamaran. Maka samalah halnya dengan masalah penggunaan nama “Allah” yang sedang kita bincangkan ini.

Dan kita juga ingin bertanya, kalaulah kita semua bersetuju melarang orang awam memakai pakaian seragam polis dan tentera kerana ia boleh menimbulkan kesamaran, maka kenapa dalam masalah ini kita tidak nampak kesamaran tersebut? Tidakkah perkara ini lebih besar, kerana ia berkaitan dengan kesucian aqidah Islam?

Hujah kelima: Menjaga keamanan umum. Ini kerana, sebahagian besar orang Islam di Malaysia merasakan mereka tercabar dan kesucian agama mereka diperlekehkan dengan keizinan kepada penganut Kristian untuk menggunakan nama Allah. Dan perkara ini memang jelas kepada kita semua. Antara yang menunjukkan demikian ialah:

1- Kata-kata amaran daripada Presiden PKPIM Mohd Hilmi Ramli dalam suatu kenyataan akhbarnya, di Kuala Lumpur, pada 10 Mei 2008. Berikut adalah sedutannya:

"Nama Allah eksklusif kepada umat Islam. Tiada dalam sejarah agama Kristian mahupun agama lain menggunakan nama Allah sebagai Tuhan mereka," kata beliau. Menurut beliau, pihaknya memberi amaran kepada Herald The Catholic Weekly supaya tidak lagi menimbulkan kontroversi dan kekeliruan dalam kalangan umat Islam berhubung penggunaan nama Allah. "Adakah penggunaan nama Allah ini bertujuan menyesatkan umat Islam secara terancang? Istilah bagi merujuk orang alim atau agamawan juga telah ada seperti 'ulama' bagi orang Islam, 'Rahib' dan 'paderi' bagi agama Kristian, 'sami' bagi Hindu dan lain-lain lagi. Maka, tiada masalah sebenarnya akhbar itu mencari nama lain bagi Tuhan mereka.

"Tindakan akhbar itu sebenarnya membuka kotak 'paradox' yang sebelum ini sudah harmoni dan aman. Kekeliruan dan strategi halus yang digunakan akhbar ini atas nama Kristianisasi menimbulkan rasa marah dan kecewa umat Islam Malaysia secara khusus dan dunia umumnya. "PKPIM beri amaran agar Herald Tribune tidak menimbulkan kerisauan dengan menggunakan nama Allah dengan merujuk kepada Tuhan dalam agama Kristian. Herald The Catholic Weekly harus beradab dalam meletakkan nama Allah di tempat yang sebenarnya," tambah beliau.

2- Kata-kata Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Dr. Maamor Osman: “Kerajaan perlu bertegas dalam hal ini dengan mengambil tindakan Negeri (ISA)”.

3- Kata-kata Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar: “Haramkan sahaja penerbitan mereka (Herald Catholic) atau menarik permit mereka jika sengaja menggunakan nama Allah. Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas kerana perbuatan ini boleh mengakibatkan ketegangan agama. Kita tidak mahu kemanan Negara ini dicemari dengan perbuatan tidak bertanggungjawab seperti ini dan kami sedia bertindak atas nama Islam”.

4- Kata-kata Prof Dato’ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul di UIAM: “Hasil penelitian saya, akhbar Herald Catholic sengaja provokasi Islam Melayu kita dengan menyentuh perkara paling sensitive. Ia diburukkan lagi dengan tindakan seorang menteri yang tidak menjaga sensitiviti ini. Kita sanggup bangkitr mempertahankan hak ini kerana Allah sendiri mewajibkan kita berjuang sekiranya kesucian Islam dicemari. Jangan sentuh sensitivity jihad kami”. Dan beginilah juga nada Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, Imam Besar Masjid Negara.

Suara-suara kemarahan daripada masyarakat Melayu Islam boleh dilihat di sana sini, termasuk dalam blog-blog internet dan juga perbualan kedai kopi. Bahkan sebahagian daripada masyarakat Islam mempersoalkan motif dan niat sebenar keinginan mereka untuk menggunakan kalimah “Allah” untuk edisi bahasa Melayu, tetapi tidak untuk edisi bahasa Inggeris. Maka, demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, maka wajarlah kalimah “Allah” diharamkan penggunaannya untuk penganut agama bukan Islam, disamping alasan-alasan yang lepas.

Tambahan lagi, penggunaan kalimah ini oleh golongan bukan Islam untuk merujuk kepada tuhan mereka adalah bertentangan dengan perundangan. Ini kerana keputusan kabinet pada Mei 1986 telah memutuskan bahawa terdapat empat kalimah yang tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam, iaitu Allah, Ka’bah, Baitullah dan Solat. Malah penggunaan keempat-empat kalimah ini telah diwartakan hanya eksklusif buat umat islam sahaja di bawah Warta PU (A) 115/82 dan Pekeliling KKDN. S. 59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986. Manakala jemaah menteri yang bermesyuarat pada 3 Januari 2008 memutuskan untuk mengekalkan larangan tersebut, sebagaimana yang diputuskan pada 18 Oktober dan 1 November 2006.

Kesimpulan

Pengharaman penggunaan kalimah “Allah” oleh golongan Kristian bagi merujuk kepada tuhan mereka yang dilaksanakan kerajaan Malaysia adalah wajar dan bertepatan dengan roh dan Maqasid Syariah Islam (tujuan pensyariatan Islam). Maka ia wajar dan perlu disokong oleh umat Islam yang menyanyangi agama dan aqidahnya. Ini kerana orang yang beriman sahajalah yang meletakkan kecintaan mereka kepada Allah SWT melebihi segala-galanya. Bahkan mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan kesucian Nama Allah bagi membuktikan cinta mereka kepada Allah dan demi menjaga nama “Allah” daripada diperlekeh dan dipersendakan. Firman Allah SWT:

﴿ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ ﴾
Ertinya: “Dan orang-orang yang beriman sangat-sangat mencintai Allah (melebihi segala-galanya)”. Surah al-Baqarah: 165.

Disediakan oleh[2]:

Tuan Mohd Sapuan Tuan Ismail,

Pensyarah Jabatan Usuluddin,

Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri, Kelantan.

Wednesday, March 4, 2009

FAHAMAN SESAT ISLAM LIBERAL

Ada kalangan Muslim yang prihatin begitu bimbang dengan ajaran sesat dan pertelagahan sesama sendiri soal furuk (cabang) dalam agama terutama pada perkara-perkara bidaah yang timbul selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

Bagaimanapun, jarang yang sedar dan prihatin akan ancaman yang jauh lebih bahaya dalam memesongkan akidah serta tauhid Islami serta fitrah kemanusiaan itu sendiri dalam Islam liberal.

Sebabnya, ancaman ideologi yang jelas bercanggah dengan al-sunnah dan al-Quran melalui aliran pemikiran moden yang mengsinonimkan falsafah Islam berpaksikan akal dengan pemikiran barat yang memesongkan akidah itu sudah menjadi 'pakaian' dan 'sajian' harian hidup ummah kini.

Mengguna label Islam liberal dengan memperjuangkan hak kebebasan dan hak asasi manusia, umat Muslim sebenarnya sudah diresapi dengan 'akidah' liberalisme dan pluralisme yang menjadi agenda dalam doktrin Yahudi-Kristian dalam menghancurkan Islam melalui pemesongan akidah Muslim

Akidah menurut Profesor Dr. Hamka, terhimpun kepada tiga iaitu tauhid yang menjadi pokok kepercayaan tentang Keesaan Allah SWT, Al-Risalah iaitu manusia pilihan Allah yang di utus menyampaikan wahyu-Nya bagi membimbing manusia dalam kehidupan dan Al-Baats iaitu kepercayaan kepada hari berbangkit untuk kehidupan kedua yang berkekalan. (Tafsir Al-Azhar: mukadimah juzuk 17).

Ini dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud: Maka hadapkanlah dirimu dengan lurus kepada agama Allah, (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah (agama) Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Fitrah Allah ialah ciptaan Allah iaitu manusia diciptakan Allah mempunyai naluri beragama iaitu agama Tauhid. Kalau ada manusia tidak beragama Tauhid, maka hal itu tidaklah wajar. Mereka tidak beragama Tauhid adalah kerana pengaruh lingkungan kehidupan). (ar-Ruum: 30).

Namun, manusiawi dan sikap kebendaan sudah mengambil alih peranan dalam kebanyakan amalan dan budaya hidup ummah era kini berbanding al-Quran dan al-sunnah sebagai pegangan untuk kekal meng-Esakan Allah SWT.

Menurut Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zain al-Ghari, fahaman sesat ada pada setiap zaman tetapi ancaman pemikiran moden mengsinonimkan Islam dengan falsafah pemikiran barat melalui liberalisme dan pluralisme adalah ancaman dan fitnah zaman ini yang jauh lebih bahaya.

Katanya, agama dan semua kepercayaan selain Islam bukan agama, sebab semuanya bersifat kemanusiaan dan perkara rekaan.

"Semua agama rekaan manusia itu tidak mungkin boleh dianggap sebagai agama. Hanya Islam yang meng-Esakan Allah SWT agama dan kepercayaan yang mutlak," katanya.

Ini telah ditegaskan Allah SWT dalam al-Quran yang mafhum-Nya: Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (ali-'Imran: 85).

Oleh itu, kata Zamihan, hanya Islam satu-satunya agama kerana ia tidak ditokok tambah dan direkacipta oleh manusia untuk manusia.

Malah tegas beliau, Islam adalah agama yang paling cantik, komprehensif, natural, rasional dan mengikut fitrah makhluk lagi eksklusif yang tidak berubah sejak dulu, kini dan selamanya.

"Kerana kecantikan dan kesempurnaan Islamlah menyebabkan ia dicemburui oleh 'pereka' kepada pelbagai kepercayaan lain," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika membicarakan 'Ancaman liberalisme dan pluralisme' pada Seminar Isu-Isu Semasa Akidah untuk kakitangan kerajaan dan badan-badan berkanun pada 10 November lalu.

Seminar sehari anjuran Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan itu diadakan di dewan serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Ancaman Islam liberal kini kata Zamihan, amat serius kerana ia yoga.png2melibatkan secara menyeluruh di semua peringkat dari barisan kepimpinan dan pengurusan sama ada dalam politik, sosial, budaya, ekonomi dan agama itu sendiri hingga kepada individu. "Ia berbahaya kerana mereka memperjuangkan prinsip kebebasan dan rasional akal tanpa batasan," katanya. Menurut Zamihan, kebebasan bersandarkan logik atau rasional secara terbuka tanpa had bukan sahaja menyimpang daripada landasan Islam malah melampaui syariat dan prinsip dalam al-Quran dan al-Sunnah itu sendiri.

Kata beliau, Islam berasaskan al-Quran dan al-sunnah untuk menegakkan akhlak berbeza dengan langkah menjaga moral yang dilaungkan Islam liberal.

Melalui liberalisasi agama pula tambahnya, wujud sekularisme yang menyaksikan semua perkara berkaitan urusan dunia dipisahkan daripada syariat agama.

"Usaha pembaratan ini sudah bermula sejak Perang Salib lagi kerana musuh Islam sedar Muslim tidak dapat dikalahkan selagi kita berpegang teguh akidah al-Quran dan al-sunnah," tegasnya.

Maka itu katanya, wujud pemikiran nasionalisme, demokrasi, pluralisme politik, hak asasi manusia, feminisme, kebebasan, globalisasi dan Islam liberal memesongkan soal aqidah Muslim.

Pegawai Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Rashidy Jamil Muhammad Ar-Rashid pula memberitahu, usaha terbaru proaktif memesongkan akidah Muslim adalah mengedarkan buku-buku Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru kepercayaan Kristian berbahasa Melayu bertajuk Al-Kitab: Berita Baik secara percuma oleh kumpulan pendakyah Kristian.

Buku olahan baru dan semasa dari Kitab Bible dan Gospels Kristian itu juga turut dijual di kebanyakan kedai-kedai buku sebaris dengan kitab-kita Islam dengan meluas.

"Pengedaran tulisan khat arab yang dipetik dari buku-buku bible dan gospels pegangan Kristian yang menyerupai ayat-ayat al-Quran juga sedang bertebaran dan memenuhi ruang rumah, kedai, pejabat dan sesetengah tempat ibadah Muslim," jelasnya.

Sebab itu, tegas Rashidy, umat Islam yang dangkal agama dan bahasa Arab perlu lebih berhati-hati dan prihatin dalam memilih kitab dan tulisan khat serta kaligrafi Bahasa Arab.

"Bible telah diterjemah ke dalam lebih 2,000 bahasa, tetapi Buku Al-Kitab: Berita Baik edisi Bahasa Melayu bukanlah dari Taurat dan Holy Bible Kristian yang asli," jelasnya.

Sebaliknya kata beliau, ia mengandungi ayat-ayat untuk menyuntik idealisme Yahudi-Kristian ke pemikiran dan akidah Muslim Melayu yang membacanya.

Beliau yang banyak terlibat dalam dialog dan perdebatan mengenai Islam dan Kristian dengan paderi serta pendakyah agama seluruh dunia itu membuat pendedahan tersebut ketika membicarakan tajuk 'Ancaman Kristianisasi di Malaysia' pada seminar tersebut.

Menurut Rashidy, identiti Islam pada umatnya sekarang sudah hilang dan hampir seluruh kehidupan harian kebanyakan Muslim dikuasai budaya dan idealisme Kristian-Yahudi.

"Sebab itulah ramai Muslim yang terpesong akidahnya dan tidak kurang pula yang begitu mudah dimurtadkan," ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Hukum Hakam (Istinbat) Jabatan Mufti Selangor, Mat Jasi Kamos pula berkata, kejahilan Muslim mengenai Islam menjadi punca utama akidah mereka terpesong.

Kerana jahil katanya, ramai mengambil jalan pintas untuk 'mendapatkan syurga' dan mendekatkan diri dengan Allah, sehingga tidak dapat membezakan antara mukjizat, karamah (keramat) dan istidraj (luar biasa) yang dibawa oleh seseorang atau kumpulan atas nama agama.

"Akibatnya ramai yang bertuhankan kepada sesama manusia dan mereka juga taksub dengan kebendaan sehingga memesongkan akidah," katanya.

Begitupun kata Mat Jasi, setiap individu Muslim bertanggungjawab melaksanakan dakwah bagi mengembalikan akidah Islam kepada sesama manusia.

Sunday, March 1, 2009

Fenomena Pemikiran Islam Liberal Dan Implikasinya Kepada Kedudukan Islam Dan Penganutnya Di Malaysia: Beberapa Refleksi

Fenomena Pemikiran Islam Liberal Dan Implikasinya Kepada Kedudukan Islam Dan Penganutnya Di Malaysia: Beberapa Refleksi



Oleh: Dr. Haji Muhammad Nur Manuty

Pusat Kajian Modeniti dan Masyarakat Sivil (CESMACS) Kuala Lumpur







Mukaddimah



Pada abad 20 yang lalu, gagasan pemikiran modenisme Islam telah digerakkan oleh beberapa tokoh ilmuan dan cendikiawan Muslim ternama seperti as-Syaikh Jamaluddin al- Afghani, as-Syaikh Muhammad ' Abduh, Sayyid Ameer Ali, Syed Ahmad Khan, dan lain-lain. Meskipun niat para reformis itu untuk menjadikan umat Islam maju dalam bidang sains dan teknologi, namun kesan-kesan modenisme yang berakar dari filsafat Barat telah menyebabkan timbulnya kesan-kesan negatif dalam pemikiran Islam. Saat ini kita sedang berhadapan dengan gejala pemikiran Islam liberal. Pada hakikatnya ia adalah kesinambungan dari pemikiran modenisme. Bagaimanapun, wajah pemikiran Islam liberal yang sedang dikembangkan pada masa kini nampaknya lebih radikal dari pemikiran modenisme Islam. Justeru, idea-idea kontroversi dalam perkara-perkara asas Islam sengaja dilontarkan ke khalayak masyarakat Islam. Kertas ini adalah paparan sepintas lalu kerangka-kerangka pemikiran Islam liberal. Kemudian, kita akan membuat fokus terhadap implikasi pemikiran Islam terhadap kedudukan Islam dan para penganutnya di Malaysia.





Pemikiran Mengenai Al-Qur'an



Antara idea kontroversi Islam liberal yang sedang hangat dibicarakan ialah mengenai kemutlakan al-Qur'an sebagai wahyu Ilahi. Nasr Hamid Abu Zayd, seorang penulis Mesir, telah menghasilkan dua buah karya kontroversi. Pertama, Mafhum al-Nass (Penalaran Teks); kedua: Naqd al-Khitab al-Dini (Dekontruksi Wacana Keagamaan). Kedua-dua karya tersebut, menurut Abu Zaid adalah untuk membuktikan bahawa gagasan-gagasan ilmu hermeneutiknya (disiplin yang diambil dari tradisi keserjanaan Barat tentang ilmu kritikan Injil) yang dianggapnya dapat dijustifikasikan kerana ia adalah satu keniscayaan logik.



Dr. Anas Malik Taha, ilmuan di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, UIAM, telah mengakaji secara mendalam pandangan NHAZ itu. Bagi Dr. Anas, Mafhum al-Nass (Penalaran Teks) adalah untuk membuktikan bahawa ianya bukan kerana berlaku pertentangan antara Islam dengan ideologi-ideologi luar, tetapi ia adalah hasil yang terbit dari rahim Islam itu sendiri. (Anas Taha Malik, Ogos, 2004, ms. 29).



Selain itu, Dr. Anas turut menyoroti karya keduanya Naqd al-Khitab al-Dini (Dekonstruksi Wacana Keagamaan). Dalam karya ini, Abu Zaid berhujah bahawa kebangkitan Islam yang disebut-sebut selama ini telah menghasilkan golongan yang membaca teks agama secara kaku dan literal (harfiyyah), bahkan sampai pada tahap pentakdisan, pensakralan serta pengingkaran terhadap tabi'at manusia dan sejarahnya. (Anas Taha Malik, Ogos, 2004, ms. 29). Jadi, adalah jelas bahawa acuan pemikiran NHAZ tidak mengakui apa pun selain dari "akal" (rasionalsime) dalam memahami teks agama. Lalu NHAZ mengagungkan sekularisme dengan mengungkapkan frasa berikut: "la sultana 'ala al-'aql ill al'aql" (tidak ada otoritas terhadap akal kecuali akal sendiri). (Anas Taha Malik, Ogos, 2004, ms. 32).



Selanjutnya, karya Mafhum al-Nas (Penalaran Teks) juga adalah manifestasi keghairahan NHAZ terhadap kepentingan akal dalam memahami teks al-Qur'an. Seorang pengkaji dari Indonesia yang cenderung dengan pemikiran NHAZ telah menyatakan bahawa karya tersebut adalah respons intelektualnya terhadap tafsiran pragmatis dan ideologis atas al-Qur'an setelah beliau meneliti cara gaya pemikiran Mu'tazilah. Dia percaya bahawa dengan mendefinisikan "hakikat objektif" teks, tafsiran ideologi dapat dilakukan semaksima mungkin. (Moch. Nur Ichwan, 2003, ms.20).



Salah satu dakwaan yang telah dilontarkan oleh NHAZ bahawa pandangan-pandangannya tentang al-Qur'an berdasarkan pada pemikiran 'ulama di masa lalu. NHAZ mendakwa bahawa beliau telah banyak merujuk kepada pemikiran Mu'tazilah. Dalam melakukan kajian terhadap al-Qur'an, selain dari rujukan Mu'tazilah, NHAZ gemar menggunakan pendekatan hermeneutic Barat. Persoalannya di sini, apakah pendekatan hermeneutik boleh digunakan terhadap al-Qur'an? Dalam konteks Bible, sememangnya ia tidak bermasalah. Ini ialah kerana Bible sememangnya dikarang oleh ramai pengarang! Apakah al-Qur'an mahu dijadikan karya kepengarangan? Sesungguhnya, NHAZ dalam idea-idea liberalnya begitu sekali terpengaruh dengan teori hermenuetik Friedrich Schlieimacher (1769-1834).



Dalam Mafhum al-Nass (Penalaran Teks), NHAZ berhujah bahawa Junjungan Muhammad (saas), sebagai penerima pertama wahyu dan sekaligus penyampai teks adalah sebahagian dari realiti masyarakat setempat di Kota Makkah. Jadi, membicarakan Junjungan Muhammad (saas) sebagai seorang penerima wahyu tidak bermakna membicara sebagai seorang penerima pasif. Junjungan Muhammad (saas) adalah terikat kepada faktor sosi-budaya dan sejarah masyarakatnya. (Adian Husaini dan Henri Salehudin, Ogos, 2004, ms. 33-34).



Konsep wahyu di sisi NHAZ seperti yang tercatat dalam karya "Nasr Hamid Au Zaid: Kritik Teks Keagamaan" (2003:70), beliau mendakwa bahawa perkataan-perkataan yang terdapat dalam al-Qur'an bukanlah teks yang turun dari langit dalam bentuk kata-kata sebenar seperti yang masih dipegang kukuh oleh 'ulama tradisonal. NHAZ, sebaliknya mendakwa bahawa perkataan-perkataan yang terdapat dalam al-Qur'an itu adalah merupakan semacam "spirit wahyu" al-Qur'an yang telah disaring melalui Muhammad dan sekaligus dieksperisikan dalam pengucapan intelek dan kemampuan linguistiknya.



Dengan takrif wahyu yang berbeza dengan takrif konvensional para ilmuan Muslim yang muktabar, jelaslah di sini bahawa NHAZ telah meletakkan Junjungan Muhammad (saas) sebagai seorang "pengarang" al-Qur'an. Walaupun Junjungan Muhammad (saas) adalah seorang nabi yang 'ummi, tetapi Baginda dikatakan turut mengolah redaksi al-Qur'an sesuai dengan kondisinya sebagai manusia biasa. (Adian Husaini dan Henri Salehudin, Ogos, 2004, ms. 34).



Di sini jelas sekali bahawa NHAZ ingin menyamakan teks al-Qur'an dengan teks Bible yang selama ini diyakini oleh para sarjana Bible dengan satu tanggapan: "The whole Bible is given by inspiration of God". Pendekatan NHAZ sebenarnya adalah lanjutan dari tradisi orientalis Barat generasi awal seperti Arthur Jeffrey, Montgomery Watt, Richard Burton, Joseph Shact dan lain-lain lagi. Itulah sebabnya, para penganut konsep al-Qur'an versi NHAZ biasanya tidak mahu menyebut "Allah berfirman dalam al-Qur'an". Ini ialah kerana mereka beranggapan bahawa al-Qur'an adalah kata-kata Junjungan Muhammad (saas) atau al-Qur'an adalah karya bersama antara Muhammad dengan Tuhannya. Dengan melepaskan al-Qur'an sebagai kalam suci Ilahi yang ditanzilkan, NHAZ ingin menegaskan bahawa teks apapun termasuklah al-Qur'an adalah produk budaya manusia (Inna al-nass fi haqiqatihi wa jawarihihi muntaj al-thaqafi). (Adian Husain dan Henri Salehudin, Ogos, 2004, ms. 34-35).



NHAZ juga telah mengkritik kaedah pentafsiran al-Qur'an Ahlu Sunnah wa al-Jama'ah dengan membuat kesimpulan-kesimpulan berikut:



(1) Tafsir yang benar menurut Ahlu Sunnah, dulu dan sekarang, adalah tafsir yang didasarkan pada otoriti 'ulama terdahulu;



(2) Kekeliruan yang mendasar pada sikap Ahlu Sunnah, dahulu dan sekarang, ialah kerana usaha mereka mengaitkan "makna teks" dan dalalahnya dengan masa kenabian, risalah, dan turunnya wahyu. Menurut, Abu Zaid, ini bukan sahaja kesalahan pemahaman, tetapi juga merupakan ekspresi sikap ideologi terhadap realiti - suatu sikap yang bersifat keterbelakangan, anti kemajuan dan anti progresif. Justeru, kaum Ahlu Sunnah menyusun sumber-sumber utama penafsiran al-Qur'an pada empat hal: penjelasan Rasulullah (saas), sahabat, tabi'in, dan terakhir tafsir bahasa.(Adian Husaini dan Henry Salehudin, Ogos, 2004, ms. 35-36).



Selain itu persolaan bahasa juga disinggung oleh NHAZ. Belaiu telah mempersoalkan penggunaan bahasa 'Arab di dalam al-Qur'an yang didakwanya telah mencemari kesakralan wahyu itu sendiri. Sebab menurut NHAZ bahasa 'Arab yang digunakan dalam al-Qur'an ini bukanlah diturunkan di tempat yang "kosong". Bahkan, menurutnya, bahasa 'Arab kala itu sudah memilki struktur dan sistem yang tidak dapat dibebaskan dari struktur dan sistem masyarakat Penerapan teori-teori tadi telah menyebabkan Abu Zaid berpendapat bahawa al-Qur'an sebagai textus receptus, iaitu teks manusiawi kendatipun ia mempunyai asal - muasal Ilahiah. Dengan lain perkataan, lontaran pendapatnya yang paling keras ialah bahawa al-Qur'an itu adalah sebuah produk kultural kerana ia menggunakan bahasa kultural iaitu bahasa Arab. (Moch. Nur Ichwan, 2003, ms.2).





Pluralisme Agama



Pemikiran Islam liberal mendukung kuat gagasan pluralisme (jamak) agama-agama. Antara ideolog pluralisme agama ialah Dr. Nurcholis Madjid atau yang lebih dikenali sebagai Cak Nur. Dalam karya Teologi Inklusif Cak Nur (2001), Cak Nur membangunkan epistemologi inklusifnya dengan berhujah bahawa dengan hanya memahami perkataan dan konsep "aslama" atau "pasrah" ke hadrat Tuhan, lain-lain agama selain dari Islam adalah sah. Kepasrahan inilah yang diyakininya sebagai asas "kebenaran" untuk semua agama. Cak Nur seterusnya berhujah dengan ayat 46 Surah al-'Ankabut yang menyebut bahawa semua agama yang benar adalah Islam iaitu sikap berserah diri terhadap Tuhan. (Adian Husain dan Nuim Hidayat, Liberal Islam, Jakarta, 2002, ms. 104). Jadi, bagi Cak Nur, jalan untuk mencapai kebenaran dan keselamatan bukan hanya monopoli mutlak bagi agama Islam. Seseorang itu boleh disebut "Muslim" sekalipun dia tidak beragama Islam. Justeru, agama-agama lain adalah jalan yang sama-sama sah untuk mencapai kebenaran yang sama." Cak Nur menjustifikasikan lagi hujahnya tadi dengan membuat huraian tentang filsafat 'perennial" yang semakin popular penerimaannya di Indonesia. Katanya setiap agama adalah merupakan ekspresi keimanan terhadap Tuhan yang sama. Ibarat roda, pusat roda itu adalah Tuhan, dan jari-jari itu adalah jalan dari berbagai agama. (Adian Husaini dan Nu'im Hidayat, 2002, ms. 105).



Dalam sebuah makalah yang diterbitkan oleh akhbar Kompas (9hb.April, 2001) yang berjudul: "Nurcholis Majdid: Teologi Inklusif Mengakui Adanya Kebenaran Agama Lain", Cak Nur cuba menjustifikasikan hakikat adanya pluralisme agama dengan mengambil pendapat Ibn Taymiyyah (r.h). Katanya: "Dan itu, tidak ada salahnya. Ibnu Taymiyyah mengatakan sebahagian besar kitab-kitab suci lama itu masih benar. Yang disebut adanya pengubahan itu dalam hal-hal yang bersifat berita. Terutama berita tentang kedatangan Nabi

Muhammad (saas)." (Adian Husain Dan Nuim Hidayat, 2002, ms.152).



Satu lagi idea kontroversi Cak Nur ialah penerimaannya terhadap penganut-penganut agama bukan samawi seperti Hinduisme, Buddhism, Sikhs dan lain-lain sebagai "Ahlul kitab". Pandangan tersebut telah disampaikan pada satu diskusi di TIM pada 21 Oktober 1992 dengan judul: "Beberapa Renungan Kehidupan Keberagamaan Untuk Generasi Mendatang". Beliau berkata: "Dan patut kita camkan benar-benar pendapat Sayyid Muhammad Rashid Rida sebagaimana dikutip Abdul Hamid Hakim bahawa pengertian sebahagian Ahlul Kitab tidak terbatas hanya kepada kaum Yahudi dan Kristian seperti tersebut dengan jelas dalam al-Qur'an serta kaum Majusi (pengikut Zoraster) seperti disebutkan dalam sebuah hadith, tetapi juga mencakupi agama-agama lain yang mempunyai suatu bentuk kitab suci." (Dekontruksi Islam . Mazhab Ciputat, Zaman Wacana Mulia, 1999, ms. 9-58.).



Selain dari Cak Nur, Dr. Alwi Shihab, Mantan Menteri Kesejahteraan Sosial Indonesia, seorang lagi tokoh pluralis agama-agama di Indoensia, telah menulis sebuah buku yang berjudul: Islam Inklusif - Menuju Sikap Terbuka Dalam Beragama. Alwi mendakwa bahawa pluralisme agama adalah kerukunan penting demi wujudnya keharmonian hidup antara masyarakat beragama di Indonesia. Justeru, tidaklah wajar bagi seorang pluralis agama untuk mendakwa bahawa kebenaran (the truth) hanya berada di sisi agamanya sahaja. Hanya dengan keberadaan sikap toleransi yang sedemikian, dailog antara agama-agama boleh dilaksanakan dengan lebih berkesan. Selanjutnya Alwi menafikan syari'at sebelumnya telah dihapuskan dengan datangnya agama Islam. Alwi membuat tafsiran baru terhadap ayat 72-73 (Surah al-Ma'idah) yang selama ini ditafsirkan oleh jumhur mufassir dengan tegas menolak lain-lain agama selain Islam. Katanya perkataan "Islam" di sini bermaksud "penyerahan diri" yang bukan sahaja milik eksklusif penganut-penganut Islam, tetapi juga lain-lain agama.



Keradikalan faham pluralisme agama dapat dilihat dalam tulisan seorang lagi ahli akademik Indonesia. Dr. M. Qasim Mathar, dari UAIN, Maksar berkata: "Kita biasa keluar dan meninggalkan paradigma Islam lama yang mengongkong kita dan membangun sebuah paradigma Islam yang lain, dengan membawa al-Qur'an dan kitab suci agama-agama lain dan hadis Nabi yang selalu diukur oleh al-Qur'an." (M. Qasim Mathar, "Keluar Dari Islam Sekarang, Menuju Islam Yang Lain," Jakarta, 2005).



Tafsiran baru mengenai makna pluralisme agama telah menyebabkan munculnya fatwa-fatwa baru di kalangan para pendukung pluralisme agama dengan membenarkan bacaan doa' bersama antara penganut-penganut Islam dan semua agama di Indonesia, kahwin beza agama dan pewarisan beza agama. Fatwa-fatwa golongan Islam liberal telah mengundang perpecahan yang semakin meluas dalam masyarakat Islam di negara yang merupakan majoriti terbesar umat Islam di Indonesia.





Syari'at Islam



Islam liberal menolak syari'at Islam sebagai syari'at Allah (SWT) atau "Divine Law". Justeru, mereka menolak apa sahaja usaha untuk mendaulatkan syari'at Islam di negara-negara Islam seperti Sudan, Pakistan, Malaysia, Indonesia dan lain-lain. 'Abdullah al-Na'im, antara pengkritik keras syari'at Islam, dalam karyanya yang berjudul Towards an Islamic Reformation menganjurkan supaya menolak seluruh aspek pemikiran konvensional mengenai syari'at Islam. Hujahnya ialah syari'at Islam tidaklah dapat dianggap sebgai satu yang suci (profane). Al-Nai'im telah menganjurkan supaya syari'at Islam terutama Islamic Public Law dibaca semula teks asalnya kerana 'ulama fiqh memahami teks secara literal (harfiyyah). al-Na'imi berhujah:

/ have shown that Syari'a was infact constructed by Muslim jurists over the first three centuries of Islam. Although derived from fundamental divine sources of Islam, the Qur'an and Sunna, Syari'a is not divine because it is the product of human interpretation took place within a specific historical context which is drastically different from our own. It should therefore be possible for contemporary Muslims to undertake a similar process of interpretation and application of the Qur'an and Sunna in the present historical context to develop an alternative public law of Islam which is appropriate for implemantation today.(Abdull al-Na'im, Towards an Islamic Reformation, 1989, ms. 186).



Adalah jelas pandangan al-Na'im dan lain-lain pemikir liberal Islam adalah persis dengan pemikiran usang orientalis Barat seperti Goldziher, Scahct dan Coulson yang 'telah menggerakkan idea bahawa syari'at adalah hasil ciptaan para fuqaha' zaman silam. Para orientalis tersebut berhujah kononya syari'at Islam itu hanya baru disusun secara sistematik selama 300 tahun selepas kewafatan Junjungan Muhammad (saas). Mereka mendakwa bahawa fenomena politik pemerintahan Islam begitu kuat mempengaruhi pemikiran fuqaha' dalam syari'at Islam. Jadi, tidaklah mustahil bahawa disiplin fiqh tidak sunyi dari pelbagai kekurangan dan kecacatan kerana ia dipengaruhi oleh nafsu manusia.



Golongan liberal Islam pada saat ini hanya ghairah membicarakan syari'at apabila ianya dikaitkan dengan maqasid syari'ah (tujuan-tujuan syari'at), pembukaan pintu ijtihad seluas-luasnya tanpa meraikan syarat-syarat yang ketat dalam pembuatan ijtihad, menolak otoriti fuqaha' dalam syari'ah serta isu golongan 'ulama bertindak sebgai patriarki (pengawal) dalam hal ehwal Islam, menjadikan isu kewanitaan sebagai satu permasalahan besar dalam syari'at, menentang pembinan negara Islam, menolak hukum hudud secara tuntas, menekankan peri pentingnya kebebasaan berfikir dalam Islam termasuk membenarkan berlakunya pemurtadan dalam masyarakat Islam secara sewenang-wenangnya atas nama HAM.





Feminisme (Gender)



Faham feminisme turut menjadi agenda penting dalam minda liberal Islam. Walaupun isu kesetaraan antara lelaki dan perempuan wajar diberi perhatian seperti yang terpapar perbahasannya dalam al-Qur'an dan Sunnah, tetapi adalah penting untuk menggarap isu feminisme atau gender dengan lebih teliti dan cermat. Di Barat, pemikiran dan gerakan feminisme telah membina sebuah keyakinan sehingga ia menjadi satu dogma bahawa "tidak ada apa pun yang membezakan antara lelaki dengan wanita, sekalipun secara semula jadi." Dengan terdapatnya keyakinan sedemikian, pola-pola pemikiran feminisme dapat disimpulkan dalam perkara-perkara berikut: (a) perbezaan jantina adalah satu ketentuan masyarakat, bukannya berlaku secara tabi'i; (b) wanita hendaklah diberi peluang semaksima dengan hak lelaki dalam semua bidang pekerjaan tanpa berlaku sebarang diskriminasi; (c) lelaki dianggap sebagai golongan "pembenti wanita" atau lebih dikenali dengan istilah "misogynist"; (d) sistem kekeluargaan yang berasaskan bapa sebagai ketua keluarga (patriarchal system) dicemuh oleh golongan feminis sebagai sistem kekeluargaan zalim yang direncana untuk menzalimi wanita; (e) para ideolog feminis mendakwa bahawa asal muasal pemimpin utama dalam sistem kekeluargaan adalah milik wanita; (f) feminisme berjuang supaya ada kebebasan pengguguran kandungan (aborsi); (g) kerana dorongan marah yang amat bersangatan terhadap kaum lelaki, maka pemikiran radikal fenisme membenarkan supaya batang tubuh mereka hanya boleh dinikmati oleh kaum wanita sahaja. Justeru "lesbianisme" adalah satu protes kaum feminis radikal terhadap kaum lelaki (Md Sidin Ahmad Ishak, Madaniyyat, 2005, ms.9).



Di dunia Islam, pemikiran feminisme telah disebarkan oleh ideolog-ideolog terkenal seperti Fatimah Mernisi (Maghrib), Aminah Wadud (Amerika Syarikat), Nawal Sa'adawi (Mesir), Rifaa't Hassan (Pakistan), Zainah Anwar (Malaysia) dan lain-lain. Sisters In Islam, umpamanya, telah menuduh para tafsiran al-Qur'an oleh para 'ulama' "bias" gender dan merendahkan martabat wanita. Golongan liberalis juga mendakwa bahawa bahkan al-Qur'an sendiri adalah "bias" terhadap wanita. Cak Nur turut menjadikan persoalan gender sebagai salah satu agenda besar pemikiran Islam dewasa ini. Ketika mengalu-alukan penerbitan sebuah buku khus yang berjudul Argumen Kesetaraan Gender- Perspektif al-Qur'an (2001), karangan Dr. Nasaruddin Umar, katanya buku tersebut".. .menggugah kita bahawa realitas pemikiran Islam dewasa ini harus dibebaskan dari bias-bias gender." (Narasuddin Umar, 2001).





Respons Terhadap Pemikiran Islam Liberal



Idea-idea provokatif liberal Islam sememangnya dapat disanggah dengan menggunakan manhaj pemikiran Islami yang muktabar. Bagaimanapun, respons kita sebagai seorang Muslim tidak cukup dengan emosi sahaja. Kita perlu membahaskannya secara terbuka dan objektif kerana faktor suasana yang semakin mencabar pada masa kini. Barangkali antara pendekatan yang terbaik ialah dengan kembali mengkaji metodologi Imam al-Ghazali (r.h). Seperti yang telah terbukti bahawa Imam al-Ghazali telah telah mendapat tentangan hebat dari ahli-ahli falsafat di zamannya. Walau bagaimanapun, Imam al-Ghazali (r.h) telah berjaya menggunakan pendekatan ilmiah bagi menangkis pemikiran rasionalisme yang begitu kuat pengaruhnya pada zaman itu.



Dalam konteks al-Qur'an sebagai sebuah Kitab Suci bagi umat Mam, Profesor Dr. M. M. Al-Azami, seorang ilmuan Muslim di Univeriti Ummul Qura, Mekah, telah menghasilkan sebuah karya yang sungguh tinggi nilai keserjanaanya. Karya tersebut memang layak dinobatkan antara tulisan yang terbaik pada abad ini bagi menyanggah pemikiran kontroversi Islam liberal.

Dalam kata pengantar Penerbit Pustaka Gema Insani, Jakarta, Indonesia, dinukilkan kata-kata berikut: "Dengan buku ini Profesor 'Azami menempatkan dirinya di garda depan sebagai ulama terkemuka pembela kemurnian dan keautentikan Al-Qur'an di tengah-tengah upaya serius kaum orientalis menggempur al-Qur'an. Profesor 'Azami membuktikan bahawa al-Qur'an adalah Kalamullah, mukjizat badi hingga akhir zaman." (M. M. Azami, Sejarah Teks al-Qur'an Dari Wahyu sampai Kompilasi, Jakarta, 2005). Semantara Profesor Mohd. Kamal Hassan, mantan Rektor UIAM, dalam kata pengantar mengenai buku ini, turut mengaprisiasikan karya Profesor 'Azami dengan kata-kata berikut: "..Karya ini sangat penting untuk disemak apalagi dalam cuaca akademis pasca pemerintahan Soeharto yang banyak diwarnai polirisasi pemikiran yang begitu beragama yang, kadang-kadang, cenderung destruktif terhadap kesucian ajaran Islam." (M. M. 'Azami, Sejarah Teks al-Qur'an: Jakarta, 2005, ms. xxiii).



Gagasan Islam liberal nampaknya terjebak dengan filsafat Barat dari segi roh dan kaedahnya yang hanya bertuhan kepada akal (rasionalisme) semata-mata. Atas nama objektiviti dan saintifik, golongan Islam liberal terpengaruh dengan metodologi Barat dan mahu meruntuhkan metodologi keilmuan Islam yang telah diterima pakai sejak ribuan tahun lalu. Adalah suatu yang jelas kepada kita bahawa metodologi keilmuan Islam masih terus utuh kerana ia bertunjangkan al-Qur'an dan al-Sunnah -dua sumber epistemologi yang dapat menghadapi tentangan zaman. Para ilmuan Muslim dalam semua bidang pengetahuan agama ('ulum naqliyyah) dan ('ulum aqliyyah) telah dapat mengembangkan ilmu-ilmu Islam seperti ilmu fiqh dan usul fiqh pada tahap keilmiahan yang tinggi. Keupayaan mereka menghadapi persoalan-persoalan baru yang timbul dalam masyarakat Islam pada zaman silam sehingga ke hari ini adalah kerana mereka dapat memahami dengan jelas dan tepat apa yang diistilahkan sebagai prinsip thabit (perkara yang tetap) dengan mutaghayyir (perkara yang berubah-berubah) dalam sumber-sumber Islam seperti al-Qur'an, al-Sunnah dan Syari'ah.



Jadi, dapatlah kita simpulkan di sini bahawa idea-idea Islam liberal yang kononnya berpaut kepada hujah-hujah al-Qur'an dan al-Sunnah, sebenarnya telah menyimpang dari tafsiran-tafsiran konvensional 'ulama salaf dan khalaf yang muktabar. Dalam hubungan ini, Profesor al-Qaradawi mengingatkan kita supaya berusaha sedaya mungkin untuk menguasai manhaj ilmu-ilmu Islam secara komprehensif sebelum membuat satu-satu rumusan pemikiran baru. Jadi, kita mesti bersikap kritis dan objektif apabila membicarakan pemikiran Islam liberal. Ini ialah kerana pemikiran-pemikiran nadir seumpama itu memang sentiasa ada pada setiap zaman. Fenomena sedemikian itu sudahpun diperingatkan oleh Junjungan Muhammad (saas) bahawa umatnya akan terpecah kepada 73 kelompok, hanya sanya SATU sahaja yang dapat dikategorikan sebagai golongan yang benar.



Akhirnya, seperkara yang menarik perhatian kita di sini bahawa idea Islam telah mengundang Majlis Ulama Islam Indonesia (MUI) dalam fatwanya pada Julai 2005 telah memutuskan bahawa faham sekularisme, liberalisme dan modenisme adalah HARAM di sisi Islam.

Friday, February 27, 2009

MELIHAT RASULULLAH SAW DAN MELIHAT ALLAH SWT

1- al-I3tisam: 1/201

وعن أبي يزيد البسطامي رحمه الله ، قال : رأيت ربي في المنام ، فقلت : كيف الطريق إليك ؟ فقال : أترك نفسك وتعال ؟ وشأن هذا الكلام من الشرع موجود فالعمل بمقتضاه صحيح ، لأنه كالتنبيه لموضع الدليل ، لأن ترك النفس معناه ترك هواها بإطلاق ، والوقوف على قدم العبودية ، والآيات تدل على هذا المعنى ، كقوله تعالى : {وأما من خاف مقام ربه ونهى النفس عن الهوى*فإن الجنة هي المأوى} وما أشبه ذلك ، فلو رأى في النوم قائلاً يقول : إن فلاناً سرق فاقطعه ، أو عالم فاسأله ، أو اعمل بما يقول لك ، أو فلان زنى فحده ، وما أشبه ذلك ، لم يصح له العمل حتى يقوم له الشاهد في اليقظة ، وإلا كان عاملاً بغير شريعة ، إذ ليس بعد رسول الله صلى الله عليه وسلم وحي .

2- Fathul Bari: 19/469
( تنبيه ) : جوز أهل التعبير رؤية الباري عز وجل في المنام مطلقا ولم يجروا فيها الخلاف في رؤيا النبي صلى الله عليه وسلم ، وأجاب بعضهم عن ذلك بأمور قابلة للتأويل في جميع وجوهها فتارة يعبر بالسلطان وتارة بالوالد وتارة بالسيد وتارة بالرئيس في أي فن كان ، فلما كان الوقوف على حقيقة ذاته ممتنعا وجميع من يعبر به يجوز عليهم الصدق والكذب كانت رؤياه تحتاج إلى تعبير دائما ، بخلاف النبي صلى الله عليه وسلم فإذا رئي على صفته المتفق عليها وهو لا يجوز عليه الكذب كانت في هذه الحالة حقا محضا لا يحتاج إلى تعبير .

وقال الغزالي : ليس معنى قوله " رآني " أنه رأى جسمي وبدني وإنما المراد أنه رأى مثالا صار ذلك المثال آلة يتأدى بها المعنى الذي في نفسي إليه ، وكذلك قوله " فسيراني في اليقظة " ليس المراد أنه يرى جسمي وبدني ، قال : والآلة تارة تكون حقيقة وتارة تكون خيالية ، والنفس غير المثال المتخيل ، فما رآه من الشكل ليس هو روح المصطفى ولا شخصه بل هو مثال له على التحقيق ، قال ومثل ذلك من يرى الله سبحانه وتعالى في المنام فإن ذاته منزهة عن الشكل والصورة ولكن تنتهي تعريفاته إلى العبد بواسطة مثال محسوس من نور أو غيره ، ويكون ذلك المثال حقا في كونه واسطة في التعريف فيقول الرائي رأيت الله تعالى في المنام لا يعني أني رأيت ذات الله تعالى كما يقول في حق غيره .

وقال أبو قاسم القشيري ما حاصله : إن رؤياه على غير صفته لا تستلزم إلا أن يكون هو ، فإنه لو رأى الله على وصف يتعالى عنه وهو يعتقد أنه منزه عن ذلك لا يقدح في رؤيته بل يكون لتلك الرؤيا ضرب من التأويل كما قال الواسطي : من رأى ربه على صورة شيخ كان إشارة إلى وقار الرائي وغير ذلك . وقال الطيبي : المعنى من رآني في المنام بأي صفة كانت فليستبشر ويعلم أنه قد رأى الرؤيا الحق التي هي من الله وهي مبشرة لا الباطل الذي هو الحلم المنسوب للشيطان فإن الشيطان لا يتمثل بي ، وكذا قوله " فقد رأى الحق " أي رؤية الحق لا الباطل ، وكذا قوله " فقد رآني " فإن الشرط والجزاء إذا اتحدا دل على الغاية في الكمال ، أي فقد رآني رؤيا ليس بعدها شيء .

وذكر الشيخ أبو محمد بن أبي جمرة ما ملخصه : أنه يؤخذ من قوله " فإن الشيطان لا يتمثل بي " أن من تمثلت صورته صلى الله عليه وسلم في خاطره من أرباب القلوب وتصورت له في عالم سره أنه يكلمه أن ذلك يكون حقا ، بل ذلك أصدق من مرأى غيرهم لما من الله به عليهم من تنوير قلوبهم انتهى . وهذا المقام الذي أشار إليه هو الإلهام ، وهو من جملة أصناف الوحي إلى الأنبياء ، ولكن لم أر في شيء من الأحاديث وصفه بما وصفت به الرؤيا أنه جزء من النبوة ، وقد قيل في الفرق بينهما : إن المنام يرجع إلى قواعد مقررة وله تأويلات مختلفة ويقع لكل أحد ، بخلاف الإلهام فإنه لا يقع إلا للخواص ولا يرجع إلى قاعدة يميز بها بينه وبين لمة الشيطان ، وتعقب بأن أهل المعرفة بذلك ذكروا أن الخاطر الذي يكون من الحق يستقر ولا يضطرب والذي يكون من الشيطان يضطرب ولا يستقر ، فهذا إن ثبت كان فارقا واضحا ، ومع ذلك فقد صرح الأئمة بأن الأحكام الشرعية لا تثبت بذلك ،

قال أبو المظفر بن السمعاني في " القواطع " بعد أن حكى عن أبي زيد الدبوسي من أئمة الحنفية أن الإلهام ما حرك القلب لعلم يدعو إلى العمل به من غير استدلال : والذي عليه الجمهور أنه لا يجوز العمل به إلا عند فقد الحجج كلها في باب المباح ، وعن بعض المبتدعة أنه حجة واحتج بقوله تعالى ( فألهمها فجورها وتقواها ) وبقوله ( وأوحى ربك إلى النحل ) أي ألهمها حتى عرفت مصالحها ، فيؤخذ منه مثل ذلك للآدمي بطريق الأولى ، وذكر فيه ظواهر أخرى ومنه الحديث قوله صلى الله عليه وسلم " اتقوا فراسة المؤمن " وقوله لوابصة " ما حاك في صدرك فدعه وإن أفتوك ) فجعل شهادة قلبه حجة مقدمة على الفتوى ، وقوله " قد كان في الأمم محدثون " فثبت بهذا أن الإلهام حق وأنه وحي باطن ، وإنما حرمه العاصي لاستيلاء وحي الشيطان عليه ، قال وحجة أهل السنة الآيات الدالة على اعتبار الحجة والحث على التفكر في الآيات والاعتبار والنظر في الأدلة وذم الأماني والهواجس والظنون وهي كثيرة مشهورة ، وبأن الخاطر قد يكون من الله وقد يكون من الشيطان وقد يكون من النفس ، وكل شيء احتمل أن لا يكون حقا لم يوصف بأنه حق ، قال : والجواب عن قوله ( فألهمها فجورها وتقواها ) أن معناه عرفها طريق العلم وهو الحجج ، وأما الوحي إلى النحل فنظيره في الآدمي فيما يتعلق بالصنائع وما فيه صلاح المعاش ، وأما الفراسة فنسلمها لكن لا نجعل شهادة القلب حجة لأنا لا نتحقق كونها من الله أو من غيره انتهى ملخصا .

قال ابن السمعاني : وإنكار الإلهام مردود ، ويجوز أن يفعل الله بعبده ما يكرمه به ، ولكن التمييز بين الحق والباطل في ذلك أن كل ما استقام على الشريعة المحمدية ولم يكن في الكتاب والسنة ما يرده فهو مقبول ، وإلا فمردود يقع من حديث النفس ووسوسة الشيطان ، ثم قال : ونحن لا ننكر أن الله يكرم عبده بزيادة نور منه يزداد به نظره ويقوى به رأيه ، وإنما ننكر أن يرجع إلى قلبه بقول لا يعرف أصله ، ولا نزعم أنه حجة شرعية وإنما هو نور يختص الله به من يشاء من عباده فإن وافق الشرع كان الشرع هو الحجة انتهى . ويؤخذ من هذا ما تقدم التنبيه عليه أن النائم لو رأى النبي صلى الله عليه وسلم يأمره بشيء هل يجب عليه امتثاله ولا بد ، أو لا بد أن يعرضه على الشرع الظاهر ، فالثاني هو المعتمد كما تقدم .

1-Imam Syatibi menceritakan bahawa Abu Yazid Bistami r.a telah berkata: Aku telah melihat Tuhanku di dalam mimpi. Maka aku bertanya: Bagaimana cara untuk sampai kepadamu? Maka Ia berkata: Tinggalkan nafsumu dan marilah.

Imam Syatibi menjelaskan bahawa ungkapan seperti ini (tinggalkan nafsumu...) terdapat dalam Syara3 dan beramal dengannya adalah sahih kerana ia merupakan peringatan kepada petunjuk dalil dari al-quran atau sunnah. Ini kerana terdapat banyak ayat al-quran yang menunjukkan supaya meninggalkan hawa nafsu dan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah.

Seperti firman Allah 79:40-41 dan seumpanya: " Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya). ".

Tetapi sekiranya apa yang dilihat dalam mimpi berkata: potonglah tangan fulan ni kerana dia pencuri atau tanyalah alim ni dan beramallah dengan apa yang dia cakap, atau rejamlah fulan ni kerana telah berzina dan sebagainya...ini semua tidak dibenarkan kecuali dengan ada bukti yang sah di alam nyata. Kalau dia buat tanpa bukti, maka dia telah membuat sesuatu yang tiada dalam syara', kerana wahyu telah pun terputus selepas Nabi s.a.w.

2- al-Hafizd Ibn Hajar memberitahu bahawa terdapat di kalangan ahli ta'bir yang mengharuskan mimpi melihat Allah s.w.t secara mutlak. Oleh kerana melihat zat Allah s.w.t adalah mustahil maka mimpi ini mestilah dita'wilkan.

Kemudian Ibn Hajar menukilkan pendapat ulama dalam perkara ini, antaranya Imam Ghazali yang menyatakan: sesiapa yang melihat Allah s.w.t dalam mimpi akan ditunjuk dengan perantaraan rupa yang boleh dilihat seperti cahaya nur dan sebagainya kerana melihat zat Allah yang suci dari bentuk dan gambaran adalah suatu yang mustahil.

Wednesday, February 4, 2009

Sheikh Ezzuddin Al Qassam


dakwatuna.com - “Wahai kaum muslimin, kalian sudah sangat tahu urusan agama kalian, sampai tak ada satu pun di antara kalian yang tak mengetahuinya. Kalian juga tahu persoalan negeri ini hingga telah sampai kewajiban jihad kepada kalian semua. Atau apakah belum sampai juga pada kalian? Ya Allah, maka saksikanlah!! Berjihadlah wahai umat Islam!! Berjihadlah wahai kaum muslimin!!” Tegas Izzuddin Al-Qossam, imamnya syuhada Palestina, saat khutbah terakhir menjelang syahidnya.

Cahaya matahari menjadi saksi atas syahidnya seorang ulama mujahid. Syekh Al-Qossam, namun semangatnya masih tetap membakar jiwa seluruh rakyat Palestina. Sampai sekarang, namanya bahkan masih bisa membuat pasukan Israel terkencing-kencing, karena ia menjelma menjadi sekelompok ksatria yang mewarisi semangatnya: Brigade Syahid Izzuddin Al-Qossam.

Subuh adalah sepenggal waktu yang nyaman untuk dinikmati. Karena oksigen masih fresh seperti siraman embun yang jatuh ringan menutupi permukaan bumi. Subuh adalah sebening anak pra aqil baligh yang belum berdosa.Tapi perasaan nyaman terhadap subuh tidak terjadi di Akhros sebuah desa di dataran rendah seputar Haifa.

Sungguh, tiba-tiba subuh tidak lagi bening dan hening. Tikar sajadah baru saja dilipat. Lidah masih basah dengan wirid shabah. Tak ada teh panas yang dapat dinikmati, apalagi roti sebagai penganan pagi. Tidak perduli dengan segala burung yang bernyanyi merayakan datangnya matahari yang membagi sinarnya ke bumi. Pagi itu tepat 20 September 1935, Syekh Al-Qossam dan para sahabatnya harus berhadapan langsung dengan para penyerang yang datang tiba-tiba dari tiga penjuru sekaligus.

Dentuman senjata berat dan ledakan-ledakan terdengar mengusik keindahan pagi dan menyapu hawa dingin dengan panas mesiu. Kilatan senjata pembunuh itu merobek keceriaannya dan menggantinya dengan kepulan awan hitam yang meringis. Serangan membabi buta itu tidak meninggalkan sepenggal rasa kemanusiaan sedikitpun. Inggris dan Yahudi membumi hanguskan pemukiman Syekh Al-Qossam untuk mengakhiri perlawanannya.

Setelah beberapa jam membombardir, serangan itu terhenti tetapi serentetan tembakan sporadis masih terdengar, kemudian sepi. Sebuah ledakan mengguncang, kemudian sunyi kembali. Alam menjadi saksi atas pertempuran yang tak seimbang itu. Inggris mengerahkan 400 tentaranya demi menumpas puluhan pengikut Syekh Al-Qossam.

Di ufuk timur deretan awan lengkung seperti alis yang menyiratkan suasana kelam. Serentetan tembakan kembali terdengar, horison pun kini senyap seperti mata yang pejam. Sebuah ledakkan kembali berguncang, namun tiba-tiba langit seolah mengangkat pelupuknya, dan nyalang terbuka. Dipandanglah matahari, muram dan merah. Dengan berat ditataplah bumi, para pejuang tersungkur, tubuh-tubuhnya hancur, tanah bersimbah darah… Mentari yang baru muncul tak menemukan keceriaan pagi selamanya.

“Pasukan kami telah memasuki permukiman itu, dan sekarang mereka telah menguasai. Sekarang tidak ada konfrontasi, siapapun yang membawa senjata akan ditangkap,” kata komandan operasi Kerajaan Inggris.

“Kami sedang mengejar para buronan dan menahan mereka. Dalam beberapa jam ke depan operasi ini akan membawa hasil penuh.”

Sebelum peristiwa penyerbuan tentara Inggris dan sekutunya itu, sebenarnya Syekh telah mengambil ancang-ancang menghadapi segala kemungkinan yang akan terjadi dengan melatih para petani dan masyarakat untuk memegang senjata di dataran tinggi Junein. Namun sebelum revolusi sempat dikobarkan, Inggris dan Yahudi lebih dulu menyapu mereka dengan memperalat tentara Arab dan Palestina..

Syekh Al-Qossam bersama para sahabatnya bisa saja meloloskan diri, namun pantang baginya melarikan diri dari medan pertempuran. Pada waktu itu pasukannya berada pada tempat yang tidak menguntungkan untuk mengadakan perlawanan. Saat itu pasukannya berada di dataran rendah sedangkan musuh berada di balik perbukitan.

Inggris yang licik berhasil memperalat badan keamanan Arab Palestina untuk melancarkan aksinya membungkam perlawanan Syekh dengan meletakkan mereka di 3 barisan pertama. Siasat licik ini dijalankan setelah sebelumnya Inggris menuduh Izzuddin dan lainnya adalah perampok yang selalu membajak pedagang yang sering melewati kawasan tersebut.

Sebelum perlawanan dimulai, Syekh mengingatkan agar jangan melukai pasukan Arab karena mereka cuma diperalat dan tidak tahu apa-apa. Lalu ia mengumandangkan syiar: “Hadzaa jihadun fi sabilillah wal wathon, wa man kaana hadza jihaduhu la yastaslim lighoirillah” dan menyerukan: “muutuu syuhada’….!”

Penyerbuan atau lebih tepat sebagai pembantaian itu dimulai pukul 05.30 pagi dan berlangsung selama 4,5 jam. Setelah melakukan perlawanan keras, akhirnya Al-Qassam, Yusuf Al-Zaibari, Muhammad hanafi Al-Misri menemui Syahadah dan 4 orang tertangkap yaitu Arobi Badawi, Muhammad Yusuf, Ahmad Jabir, Hasan Al-Bari dan 2 orang tertangkap karena terluka, Namar bin As- Sa’adi dan As’ad Al-Muflih.

Mendung menyelimuti Haifa, mengiringi kepergian sang mujahid sejati yang dikenal sangat peduli dengan rakyat kecil. Jasadnya dimakamkan di kampung halamannya dekat Haifa.

Muhammad Izzuddin bin Abdul Qodir Mushthofa Al-Qosam, lahir di daerah pegunungan Qadha Al-Ladziqiyyah, Syria pada tahun 1882. Belajar di Al-Azhar dan ketika kembali di kampung halaman, ia langsung terjun ke medan da’wah. Ia sangat lihai berpidato. Kelihaiannya itu ia manfaatkan untuk mendakwahkan Islam kepada orang banyak. Sampai akhirnya menjadi khatib tetap di Masjid Raya Al-Manshur, Jabalah.

Keindahan gaya bahasa yang digunakannya sangat menyentuh hati para hadirin. Muhadharahnya disenangi dan ditunggu-tunggu oleh kaum muslimin. Kepiawaiannya memilih kata-kata bisa membangkitkan kesadaran hadirin untuk kembali berpegang teguh dengan ajaran agama Islam.

Ia selalu menekankan sifat tawadhu’, akhlak mulia, kecerdasan berinteraksi, istiqomah, pengendalian diri, meluaskan cara pandang, zuhud, sederhana, ikhlas serta siap berkorban tenaga, waktu dan istirahat demi Islam dalam setiap muhadharah yang disampaikannya. Hal-hal yang didakwahkannya ini senantiasa diusahakan agar dapat teraplikasi dalam keseharian dan benar-benar menjadi qudwah yang dicintai masyarakatnya.

Satu hal yang tak pernah lepas dari kehidupannya adalah kepeduliannya terhadap orang miskin dan dhuafa. Para petani diziarahinya sampai ke ladang-ladang tempat mereka bekerja. Para buruh tak lupa disapa dan diajaknya berbincang walaupun hanya sebentar. Ia tak segan-segan menemani mereka di meja makan atau membantu menyelesaikan pekerjaan mereka sekalipun hanya sesaat.

Menjalin ukhuwah dan gemar bermu’ayasah (berinteraksi di tengah-tengah masyarakat) benar-benar dihayati dan diterapkan dalam kehidupannya. Karena melalui jalan inilah seorang da’i mengerti dan memahami kebutuhan masyarakat yang sebenarnya. Inilah salah satu kunci keberhasilan Syekh Izzuddin dalam da’wahnya mengenalkan Islam kepada masyarakat di sekitarnya yang patut diteladani.

Beliau juga adalah salah seorang pemimpin gerakan revolusi Syria saat melawan Prancis antara 1918-1920, dan pindah ke Palestina setelah revolusi berakhir dan tinggal di Haifa.

Al-Syekh dikenal juga sebagai seorang pemberani. Beliaulah ulama yang paling banyak bersentuhan dengan jihad, suatu hari ia berkata di atas mimbar “Saya melihat seorang pemuda membawa sapu untuk menyapu jalan dan ia di tuduh membawa senapan, dan saya melihat seorang membawa sikat untuk menyemir sepatu dan ia di tuduh membawa pistol untuk membunuh orang asing”.

Tahun 1925 Al-Syekh mulai mendirikan gerakan jihad yang diyakininya sebagai satu-satunya sarana untuk membebaskan Palestina. Amil Al Ghouri berpendapat bahwa, “Gerakan ini merupakan gerakan yang paling berbahaya dalam sejarah gerakan perlawanan bangsa Palestina, bahkan sejarah arab secara keseluruhan.” Gerakan ini mendapat sebutan Organisasi jihad (Al Munazhamah Al-Jjihadiyyah). Tetapi sepeninggal Al-Qassam organisasi ini lebih terkenal dengan sebutan “Jamaah Al-Qassam atau Al-Qassamiyyun” dan slogan dari jihad mereka adalah: ini adalah jihad kemenangan atau mati syahid.

Jamaah ini tidak menerima keanggotaan kecuali setelah disaring dengat sangat ketat. Dan tidak menjadi anggota Jamaah kecuali sebagai seorang mukmin yang siap untuk mati demi membela tanah airnya yaitu seorang yang beragama dan berakidah yang benar.

Al-Qassam diangkat menjadi imam masjid Al-Istiqlal di Haifa, hal ini semakin memperkokoh kedekatannya untuk berhubungan langsung dengan masyarakat dan mencari unsur-unsur pendukung dalam masyarakat. Pada kesempatan yang sama beliau ditunjuk menjadi ketua organisasi pemuda muslim di Haifa. Maka gerakannya semakin meluas ke daerah-daerah dengan mendirikan cabang-cabang bagi organisasi yang pada akhirnya menjadi tempat berlindung bagi anggota-anggota jamaah Al-Qassam di daerah masing-masing.

Kepemimpinan jamaah ini baru tebentuk pada tahun 1928, dan diantara pendukungnya adalah Al Abdu’a, Mahmud Za’rurah, Muhammah Al-Shalih, Khalil Muhammad Isa. Dan pusat pergerakan ini adalah di Haifa. Dan ketua jamaah bertanggung jawab untuk mengatur dan menentukan kebijakan dan keputusan yang penting. Pada tahun 1935 jumlah anggota ini telah mencapai 200 orang yang kebanyakan adalah para juru dakwah yang memilik basis sampai 800 orang.

Gerakan ini terbagi menjadi lima bidang yaitu; bidang pembelian senjata, bidang pelatihan, bidang mata-mata kepada Yahudi dan Inggris ( kebanyakan dari anggotanya adalah mereka yang berada di militer dan birokrasi), bidang propaganda revolusi dan hubungan politik. Pendanaan diambil dari anggota dan para donatur,

Diantara metodenya adalah setiap anggota wajib belajar menggunakan senjata, dan siap untuk melakukan peperangan dalam kondisi apapun di saat telah di umumkan jihad, setiap anggota wajib mempersiapkan sendiri perbekalan dan persenjataannya. Walau mereka kesulitan dan tidak mampu mempersiapkan itu, namun banyak diantara mereka yang rela tidak makan demi untuk membeli senjata dan demi persiapan perang itu sendiri.

Fase perpindahan kepada perlawanan bersenjata, pada akhir tahun 1928, pada bulan agustus 1929 tejadi revolusi kilat (Al-Barraq) sebagai langkah permulaan untuk menguatkan mentalitas para anggota, dan yang bertindak sebagai Pemimpin adalah Al-Qassam sendiri. Ketika genderang perang ditabuh pada tahun 1935 menurut Subhi Shalih –salah seorang anggota-Al- Qassam telah memiliki 1000 pucuk senjata dan basis pertahanan di Al-Ladziqiyyah.

Meskipun Jamaah ini baru mengumumkan perang pada tahun terakhir, tetapi ia telah melakukan berbagai penyerangan-penyerangan antara 1930-1932 sebagai sarana untuk menghilangkan rasa takut dalam diri anggota, mengadakan presure atas pemerintah Arab, Inggris dan Yahudi.

Pada bulan november 1935 Jamaah Al-Qassam ‘Al-Jihadiyyah’ mengumumkan perang! Dan pada akhir bulan oktober, setelah beliau menjual rumahnya di Haifa, kemudian diikuti oleh beberapa anggota yang lain menjual perhiasan milik istrinya, dan menjual sebagian perabot rumah tangga mereka untuk mendapatkan persenjataaan.

Al-Qassam telah mempelopori munculnya revolusi besar 1936-1939. di daeran Nur Al Syams 15 april 1936 yang dipimpin oleh Al Syekh Farhan As-Sa’adi. Sebagaimana mereka juga mempelopori timbulnya gerakan perlawanan 26 september 1937 dengan terbunuhnya seorang gubernur Inggris untuk wilayah Al Jalil “Andrus”.

Lagi-lagi Al-Qassam memiliki andil dalam mengatur dan memimpin revolusi (tiga dari enam pemimpinnya berasal dar Al-Qassam) yang di pilih pada 2 september 1936 dengan Fauzy Al-Qawqaji sebagai pemimpin umum yang berlangsung sampai berakhirnya revolusi 12 oktober 1936.

Di wilayah selatan Palestina yang menjadi pemimpin adalah Abu Ibrahim Al Kabir Al-Qassami, dan kebanyakan dari para pemimpin di daerah ini adalah anggota Al-Qassam (Abu Muhammad al Shofuri, Sulaiman Abdul Jabbar, Abdullah Al Asbah, Taufik Ibrahim, abdullah Al Syair). Di daerah Nablus bendera diusung oleh empat pemimpin, dua diantaranya anggota Al-Qassam, dan masik banyak lagi di tempat-tempat lain. Secara umum Al-Qassam memiliki peran yang sangat strategis dalam revolusi Palestina baik sebagai pemimpin, prajurit, pengambil kebijakan dan strategi perang.

Ketika diumumkan perang besar 1947-1948, tampillah pasukan Al-Qassam di bawah kepemimpinan Al-Hajj Amin Al-Husain sebagai panglima jihad suci (Jihad Al Muqaddass) bersama tentara penyelamat yang dipimpin oleh Fauzi Al-Qawqaji. Di wilayah selatan mereka tetap ikut ambil bagian dalam pertempuran-pertempuran meskipun bukan dari unsur mereka yang menjadi pemimpin. Dan mereka tetap berjihad mengikuti pemimpin tertinggi tersebut.

Al-Qossam hanyalah sebatang busur, dan para sahabatnya laksana anak panah yang meluncur. Sang Pemanah Maha Tahu sasaran bidikan keabadian. Direntangkan-Nya busur itu dengan kekuasaan-Nya hingga anak panah itu melesat jauh dan cepat. Meliuk dalam suka cita rentangan tangan Sang Pemanah. Sang Pemanah mengasihi anak panah yang melesat laksana kilat, sebagaimana pula dikasihi-Nya busur yang mantap.

Keteladanan yang bisa ditiru dari perjuangan beliau adalah keikhlasan, pengorbanan dan senantiasa menebarkan kehangatan dengan orang-orang di sekitarnya. Sifat-sifat ini sangat membantu kesuksesan dalam medan da’wah, jalan yang ditempuh oleh para Nabi utusan Allah. Al-Qossam dan para sahabatnya telah menjadi penghuni rumah masa depan yang kini tengah dinikmatinya. Al-Qossam telah menjadi milik zaman dan sejarahnya. Birruuh…biddaam…nafdika ya Islam… !!!

Friday, January 30, 2009

Penulis Yahudi mengaku 'Kami telah kalah dan kami telah memberi kemenangan yang kuat kepada HAMAS'


Akhbar rusia yang diterbitkan di amerika telah ditarik balik pengedarannya kerana satu artikel yang ditulis oleh penulis yahudi pada muka surat yang ke tujuh. Ini terjemahan dari sebahgian artikel tersebut:


Penulis menyatakan:


Sekiranya kita ke gazza untuk membebaskan shalit (yg ditawan hamas sejak 2006) …… Kami pulang tanpanya.


Sekiranya kita pergi ke gazza untuk menghentikan roket2…………. Sesungguhnya bertambah jauh roket tersebut (sehingga hamper tel aviv) sehinggalah di hari terakhir dan semakin memberi ancaman.


Sekiranya kita pergi ke gazza untuk menghapuskan hammas…………… sesungguhnya hammas semakin disayangi dan kita telah memberikannya pengiktirafan rasmi.


Sekiranya kita pergi ke gazza untuk menjajahnya…………… Sesungguhnya telah kami sebut bahwa pasukan tentera tidak mampu menguasai satu meter pun di dalam kawasan gazza.


Sekiranya kita pergi ke gazza untuk menunjukkan bahwa kita yang hebat…………. Sesungguhnya peperangan telah berhenti setelah mana diputuskan oleh pejuang bukannya ketika kita buat keputusan.


Sekiranya kita pergi ke gazza untuk mempamirkan kekuatan kita……… Sesungguhnya cukuplah kita buat pertunjukkan ketenteraan di tel aviv.


Sekiranya kita pergi ke gazza untuk membunuh pemimpin hammas…………. Sesungguhnya kita hanya membunuh dua orang dari 500 pemimpin gerakan hammas.


Sekiranya kita pergi ke gazza untuk mendapat simpati dari dunia…………….. Sesungguhnya pandangan alam telah merubah kepada memusuhi kami. Orang yang dulu bersama kami pun telah memusuhi kami.


Sekiranya kita pergi ke gazza untuk mengembalikan kepercayaan kepada tentera kita……….. Sesungguhnya kita telah menambahkan kecut pada tentera kita dan telah menambahkan keyakinan kepada pejuang2 hamas pd diri mereka.


Sekiranya kita pergi ke gazza untuk menetapkan kekuatan pencegahan kita …………… sesungguhnya telah jelas bahawa senjata kita, tidak kita gunakannya dengan baik semasa di daratan dengan dua kali percubaan 2006 dan 2008. Ia tidak mencegah hizbullah dan tidak mencegah hammas.


Malahan bertambah ancaman dan kesombongan pemimpin2 hammas. Allah yang lebih mengetahui perkara yang akan datang selepas mana telah tersebar maklumat ini dikalangan penduduk setempat iaitu maklumat berkenaan dgn pejuang2 palestin dan kemampuan mereka untuk melawan kita. Kita tidak harus lupa ketika berlakunya pertemuan demi pertemuan untuk perdamaian Kita tidak pernah mendengar permintaan hammas walau sekalipun untuk genjatan senjata sehingga kita yang memintanya. Biarlah aku bertanya “Siapa yang menakutkan siapa?” Allah lebih mengetahui, terdapat 800 ribu penduduk Israel di selatan yang mana mereka akan gementar dan bergegas ke tempat perlindungan apabila mendengar nama hammas. “Siapa yang menakutkan siapa ?”


Akhirnya penulis membuat kesimpulan dengan kata2nya:


Peperangan ini menyebabkan rejim zionis(pertubuhan yahudi antara bangsa) membelanjakan 10.5 triliun dolar. Jumlah ini sama nilainya dengan belanja untuk kempen pengiklanan selama 40 tahun bagi mencantikkan gambaran orang2 yahudi di mata dunia. Dalam masa 22 hari , tentera2 yahudi telah memusnahkan segala2nya. Jumlah 10.5 trilion yang dikeluarkan oleh pertubuhan zionis ini tidak mencukupi bagi membiyai semua perbelanjaan perang ini.Ini juga tidak termasuk kerugian manusia di pihak askar dan orang awam yang terkena roket.


Penulis yahudi ini berkata:


Aku, olmert dan barak mengetahui kerugian manusia yang menimpa kami. Kesemuanya dilarang untuk mendedahkan jumlah kerugian manusia tersebut.”


Akhirnya penulis berkata:


“Cukuplah pembohongan kita selama ini. Sebenarnya kita tidak menang.”

Sumber: http://www.aqsatv.ps/arabic/index.asp. aqsa tv adalah milik hamas sperti manar tv milik hizbullah.

Friday, January 23, 2009

PALESTIN BUKAN MILIK NENEK MOYANG YAHUDI




Tajdid Iman: Dr Juanda Jaya

MEMANDANG wajah bayi dan kanak-kanak yang terkorban di Gaza menimbulkan perasaan amat bersalah dalam hati kerana tidak mampu melakukan apa-apa untuk menyelamatkan saudara yang ditindas.Soalan datang menerjah nurani keimanan, apakah bentuk bantuan paling relevan disumbangkan kepada mereka supaya kita terlepas daripada tanggungjawab sebagai Muslim di hadapan Allah SWT nanti?

Mengapa kamu membiarkan agamamu diperangi? Mengapa kamu berdiam diri menonton keganasan dan kekejaman menumpahkan darah Muslimin di atas tanah suci yang melahirkan para nabi? Apakah sumbanganmu untuk agama Allah SWT, apakah perananmu memastikan kalimah Allah SWT tertegak di atas bumi tanpa penghinaan?

Tidak mampu rasanya menjawab soalan tajam umpama peluru yang mengoyak jantung hati kita. Betapa selama ini keselesaan hidup sudah melayukan semangat Islam dalam diri yang lena. Seluruh bumi Allah SWT ini adalah tanggungjawab kita, di mana seorang Muslim lahir di situlah tanah air kita.

Amat menyedihkan, ramai di kalangan umat Islam yang jahil terhadap isu Palestin. Padahal, mereka cukup bijak dalam menempa kejayaan peribadi, kerjaya dan kedudukan selesa yang seharusnya mencelikkan hati nurani untuk memandang dengan serius isu kemanusiaan sejagat.Bermula daripada kesedaran memahami bahawa peperangan di Palestin adalah isu agama dan keimanan. Walaupun media sentiasa memaparkan perbalahan yang terjadi antara dua kubu Fatah dan Hamas yang seolah-olah mahu menunjukkan perebutan kuasa politik, ketamakan dan kotornya peperangan sesama umat Islam sendiri.Tujuan media Barat memaparkan isu itu supaya umat Islam yang melihat daripada kaca televisyen berputus asa terhadap masa depan Palestin dan tidak mahu lagi campur tangan kerana letih melihat pertumpahan darah sesama Muslim yang mencalarkan imej perjuangan mereka.Padahal, isu perebutan kuasa di Gaza sebenarnya sudah selesai dengan keputusan pilihan raya yang dimenangi Hamas. Yang membangkitkan peperangan lagi adalah Israel dan sekutu kuatnya Amerika yang mahu Fatah memerintah supaya terjadi konflik berlanjutan.

Sengketa Fatah dan Hamas adalah tipu daya dan rancangan busuk Israel serta sekutunya untuk menciptakan ketidakstabilan politik dalam Palestin. Juga, menipu dunia Islam supaya mereka mempersoalkan keikhlasan pejuang Palestin itu.

Akhirnya, umat Islam seluruh dunia melupakan Palestin. Jika seorang Muslim yang mengikuti dari jauh kisah perjuangan Palestin sudah rasa bosan, tidak terdetik hati untuk berniat memberi sokongan dan pertolongan, maka dikhuatiri keadaan itu akan mencabut keimanan dalam hatinya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:“Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW juga menyuruh umatnya untuk sentiasa berada dalam keadaan membela saudara muslimnya dengan sabda Baginda SAW yang bermaksud:“Tidak ada seorang Muslim yang membiarkan saudara muslimnya ketika maruahnya dicerobohi dan kehormatannya dicela melainkan Allah SWT akan membiarkannya (tidak menolong) ketika dia memerlukan pertolongan.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud)

Kelemahan umat Islam dalam menyampaikan maklumat sahih mengenai isu Palestin dimanfaatkan Zionis yang mampu memutarbelitkan fakta dalam berita yang mereka sebar luaskan melalui media masa. Mereka menyatakan tanah Palestin adalah milik nenek moyang mereka, sedangkan jika diteliti, sejarah dunia sudah mencatatkan pembohongan mereka itu.

Asal bangsa Palestin dikenali sebagai bangsa Kan’an dan keturunannya sudah mendiami tanah itu sejak 1500 tahun sebelum bani Israel menetap di sana. Islam pula datang dan memerdekakan Palestin daripada cengkaman penjajahan dan berkuasa selama 1200 tahun.

Sejarah tamadun Islam merekodkan pembebasan Palestin daripada cengkaman Rom pada zaman Umar bin al-Khattab. Islam memberi kedamaian selama 500 tahun di mana Kristian dan Yahudi dilindungi status kerakyatan mereka sebagai kafir Zimmi yang diberi hak sebagai warga negara.

Berdasarkan fakta penyelidikan seorang ahli akademik Yahudi sendiri bernama Arthur Koestler, lebih daripada 80 peratus Yahudi hari ini langsung tidak mempunyai kaitan sejarah dengan Palestin. Majoriti Yahudi sekarang sebenarnya berketurunan Yahudi Khazar iaitu puak Tartar-Turki kuno yang asalnya bukanlah Yahudi. Mereka mendiami bahagian utara Kaukaz (kawasan bekas Soviet) yang sudah memeluk agama Yahudi pada kurun ke-8 Masihi, mereka sepatutnya pulang ke selatan Russia bukannya Palestin.

Jadi, mengapa Zionis amat berminat dengan bumi Palestin? Zionis Antarabangsa sudah merangka dengan teliti tanah jajahan yang paling strategik dan berharga dengan menciptakan negara Yahudi. Suatu ketika mereka pernah merancang memilih Uganda sebagai jajahannya tetapi di situ tidak ada nilai sentimental seperti di Baitulmaqdis yang menyimpan sejarah Bani Israel bertapak suatu ketika dulu.

Mereka juga beriman bahawa di Al-Quds akan muncul Messiah (penyelamat) dan akan mengasaskan kerajaan Yahudi yang besar seperti yang dibina oleh Sulaiman, menurut dakwaan dongeng mereka.Sikap umat Islam terhadap penjajahan Israel ke atas Palestin tidak akan berubah sehingga hari kiamat. Kita wajib menentang sekeras-kerasnya serangan dan pencerobohan ke atas kaum Muslimin. Ulama sedunia sudah memfatwakan haram mengakui kedaulatan Israel di bumi Palestin yang terjajah.

Pada 1947, fatwa Al-Azhar menyatakan haram membahagikan tanah antara Arab dan Yahudi di Palestin dan haram mengiktiraf kewujudan negara Israel di Palestin. Pada 1956 fatwa Syaikhul Azhar dan Mufti Mesir ketika itu, al-Imam al-Akbar al-Syaikh Hassan Makmum menyatakan menjadi fardu ain ke atas Muslimin semua untuk membebaskan bumi Palestin kerana Islam tidak mengenal persempadanan antara negara.

Perdamaian dengan Israel untuk merelakan mereka menindas dan membunuh kaum muslimin, perdamaian sebegini adalah haram. Fatwa Syaikhul Azhar terkini, Syaikh Muhammad Tantawi, ulama ulung sedunia, al-Syaikh Yusuf al-Qaradawi, Mufti Mesir Syaikh Nasr Farid Wasil pula menyatakan aksi serangan berani mati ke atas Yahudi penjajah adalah satu aksi jihad dan pelakunya adalah mati syahid.Antara tindakan minimum yang wajib dilakukan umat Islam di seluruh dunia adalah memboikot barangan Israel dan sekutu. Mereka juga haram menjalankan hubungan dagang dan memberi apa-apa bekalan musuh, termasuk memboikot Amerika yang juga sekutu utama Israel.Dr Yusuf Al-Qaradawi menyatakan: “Satu riyal yang digunakan untuk membeli barangan Amerika bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera Zionis untuk membunuh anak kecil di Palestin.” Inilah jihad minimum yang wajib dilakukan.

Apakah fatwa itu mampu menggerakkan umat Islam untuk menyokong perjuangan Palestin? Setiap kali kita membaca surah al-Isra dan mengingati peristiwa Israk dan Mikraj, muncul satu pertanyaan mengenai pembabitan kita dalam isu Baitulmaqdis, adakah cukup sokongan yang diberi untuk melayakkan kita sebaris dengan mereka yang berjihad di sana?

Terdetik ketakutan atas kelalaian, memandangkan Palestin adalah tanah air kita juga kerana Rasulullah SAW sudah memberi amaran dalam hadis Baginda yang bermaksud:“Barang siapa yang tidak peduli akan nasib saudara muslimnya maka dia bukan daripada golongan mereka.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Palestin adalah sejarah kita, perjuangan dan impian umat Islam seluruh dunia. Sudahkah kita memastikan generasi selepas kita nanti masih menjaga nilai sejarah dan kedaulatan Islam di sana? Atau anak kita akan menjadi pemuda-pemudi yang buta maklumat mengenainya? Bahkan akan melupakan cita-cita tertinggi dalam kehidupan seorang Muslim iaitu berjihad di jalan Allah SWT.

Apabila sudah terhakis semangat menegakkan agama Allah SWT dalam diri generasi Islam, tidak mustahil mereka akan mengikut jejak tali barut kuffar memerangi umat Islam sendiri. Tidak peduli dengan agama, mencampakkan al-Quran dari dada mereka dan mengejek kemuliaan hadis Rasulullah SAW kerana terlalu taksub dengan kitab dari Amerika, Eropah dan bangsa lain.

Dan menjadi kewajipan umat Islam untuk menyokong Palestin dengan harta, jiwa, ilmu dan kepakaran yang diperlukan bagi sebuah negara Islam merdeka. Allah berfirman yang bermaksud:“Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak ragu-ragu berjihad dengan harta dan nyawa mereka. Mereka itulah golongan mukmin yang benar.” (Surah al-Hujurat, ayat 15)