DOA BUAT MU AHLI GHAZZAH

Wanita

Photobucket

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM.....

Friday, May 1, 2009

LAKNAT ALLAH ATAS SEORANG PEMIMPIN UMAT ISLAM

Mustafa Kamal Attartuk.
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dgn syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dgn syarat pakai tali leher
dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita & lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri
pernah menari dgn seorang wanita di satu parti umum yg pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung

kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dlm bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dlm bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dgn membuang unsur2 Arab &

Parsi.
8. Mengambil arkitek2 dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir

patung2 & tugu2nya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dgn teran2gan mengatakan bahawa agama

harus dipisahkan dengan urusan harian & perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10.Agama Islam di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11.Menyerang Islam secara terbuka.
12.Menggubal undang2 perkahwinan berdaftar berdasarkan undang2 barat. 13.Menukar Masjid

Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja. 14.Menutup masjid serta

melarang dari bersembahyang berjemaah.
15.Menghapuskan Kementerian Wakaf & membiarkan anak2 yatim & fakir miskin. 16.Membatalkan

undang2 waris, faraid secara islam.
17.Menghapus penggunaan kalendar Islam & menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
Kematian Kamal Atartuk Yg Menyeksakan Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa

penyakit sehingga beliau rasa terseksa & tak dapat menanggung azab yg Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit siplis akibat dari pelacur2 yg ditidurinya.
2. Sakit jantung dan darah tinggi.
3. gatal2 seluruh badan.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa mengarahkan bomba untuk

menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu2nya juga diarahkan untuk meletak ketulan2 ais di dalam

selimut untuk menyejukkan beliau. Oleh kerana tak tahan dgn kepanasan yg ditanggung, beliau

menjerit sehingga seluruh istana mendengarnya. Oleh itu mereka2 yg bertanggung jawab telah

menghantar beliau ke tengah laut & diletakkan dalam bot dgn harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48

jam disebabkan terlalu panas & sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November

1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam & akhirnya meninggal dunia. Diwaktu itu tidak

seorang pun yg memandi, mengkafan & menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya diawetkan selama 9

hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama2 Turki memandikan,

mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab

ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam,tanah tidak

menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa,

mayatnya diawetkan sekali lagi & dimasukkan ke dalam muzium yg diberi nama EtnaGrafi selama 15

tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha

Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar,mayatnya dibawa pula ke satu bukit

ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah2 batu marmar. Apa yg

menyedihkan, ulama2 sezaman dgn Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki,

seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Thursday, April 23, 2009

Antara tanda Allah menjauh dari seseorang hamba

Dari Abi Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sebahagian dari baiknya ( kualiti )keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya.( al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Baihaqi )

HURAIAN

Hadis di atas juga diriwayatkan oleh Qurrah bin Abdurrahman dari Zuhri dari Abu Salamah dari Abu Hurairah dan sanad-sanadnya dianyatakan sebagai sahih. Tentang Hadis ini diaberkata: “Hadis ini kalimatnya pendek tetapi padat berisi dalam mesej yang dibawanya. Serupa dengan Hadis ini adalah ucapan Abu Dzar yang bermaksud: “Barang siapa yang menilai ucapan dengan perbuatannya, maka dia akan mengurangkan bicara dalam hal yang tidak berguna bagi dirinya.”
Di dalam tafsir Ibn Kathir dalam riwayat dari Imam Malik menyebutkan telah sampai kepadanya keterangan bahawa seseorang berkata kepada Luqman al-Hakim: “Apa yang menjadikan engkau mencapai darjat yang kami saksikan sekarang?” Jawab Luqman : “Berkata benar, menunaikan amanat, dan meninggalkan apa saja yang tidak berguna bagi diriku.”
Diriwayatkan dari Al Hasan, dia berkata: “Tanda bahawa Allah menjauh dari seseorang iaitu apabila orang itu sibuk dengan hal-hal yang tidak berguna bagi kepentingan akhiratnya. “Dia berkata bahawa Abu Dawud berkata: “Ada empat Hadis yang menjadi dasar bagi amalan muslim, salah satunya adalah Hadis ini.”

Tuesday, March 24, 2009

Pegangan al-Qaradhawi terhadap Syiah


Pada 13 Ramadhan 1429 yang lalu, Agensi Akhbar Iran Mehr, telah melancarkan serangan terhadap al-Qaradhawi diatas dialog beliau yang disiarkan di surah khabar Mesir, al-Masri Al-Yaum yang telah membangkitkan ketidak puashatinya penganut Mazhab Syiah.

Kata al-Qaradhawi : Saya tidak mengkafirkan mereka, sebagaimana yang dilakukan oleh mereka yang melampau. Saya berpandangan bahawa mereka adalah orang Islam, akan tetapi melakukan bid'ah.

Beliau mengatakan barangsiapa yang mengucap Syahadah, mereka masih lagi di anggap Islam.

Beliau telah memberi amaran kepada perkara-perkara luar biasa yang dilakukan oleh Syiah, seperti menghina, mengeji para sahabat Nabi :saw, perbuatan Syiah mencucuk jarum doktrinnya kedalam masyarakat Ahli Sunnah. Lebih-lebih lagi mereka telah membelanjakan billion ringgit melatih kader-kader untuk menyebarkan doktrin Syiah, dan perkara ini tidak dilakukan oleh Ahli Sunnah.

Komen beliau terhadap kenyataan Ayatollah Muhammad Hussein Fadlallah ; ia merupakan perkataan yang pelik dan memeranjatkan beliau dengan isu yang sebegini rupa.

Berikut diringkas pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengenai pendirian beliau terhadap Syiah.

1. al-Qaradhawi percaya kepada prinsip perpaduan umat Islam, baik ia melibatkan kumpulan-kumpulan tertentu atau mazhab, dimana mereka itu beriman kepada Kitab yang satu, Rasul yang satu, kearah Kiblat yang satu, dan diantara mereka itu terdapat khilaf, dan tidaklah itu mereka tersingkir.

2. Hanya satu kumpulan sahaja yang selamat diantara 73 kumpulan sebagaimana yang telah dinyatakan didalam hadith. Selain dari kumpulan itu, mereka adalah keterlaluan atau sesat. Setiap kumpulan percaya bahawa diri mereka terselamat, dan yang tinggal adalah yang sesat. Beliau percaya bahawa Ahli Sunnah sahaja yang terselamat, kesemua kumpulan yang lain melakukan bid'ah dan sesat. Diatas asas ini, al-Qaradhawi berpendapat bahawa : Sesungguhnya Syiah terlibat didalam BID'AH dan TIDAK KAFIR, dan sesungguhnya kebenaran itu bukan pelbagai, dan syukur kepada Allah bahawa 9/10 umat Islam adalah Ahli Sunnah, dan kebenaran yang berkata mengenai kami.

3. Beliau mengambil sikap sederhana terhadap Syiah Imam 12, dan tidaklah membenarkan takfir (mengkafirkan); sikap mereka terhadap al-Quran, terhadap Sunnah, terhadap sahabat, memuliakan Imam, dan yang mempertahankannya, dimana Imam itu dikatakan mengetahui perkara ghaib dimana Nabi-Nabi sendiri tidak mengetahuinya. Beliau telah berulangkali menjelaskan didalam buku Dialog dan Taqribnya.

Beliau tidak bersetuju dengan pegangan mereka dan berpendapat bahawa pegangan ini salah : iaitu Nabi :saw telah memilih pengganti Ali ra untuk menjadi Khalifah, dan para sahabat menyembunyikan berita ini, dan mereka mengkhianati Nabi :saw dan menafikan kebenaran yang tertinggi, dan mereka melakukan konspirasi terhadapnya. Yang peliknya, Ali ra. tidak pernah mengumumkan kepada umum dan menegakkan kebenaran? Malahan beliau berbai'ah kepada Abu Bakar, Umar dan Othman. Maka pesoalan disini, kenapa Ali ra tidak bersemuka dengan kebenaran? Kenapa beliau tidak becakap benar? Kenapa pula anak beliau al-Hassan pula bersetuju memberikan jawatan Khalifah kepada Muawiyah? Bagaimana Nabi :saw memuji apa dia lakukan, sesesungguhnya Allah mendamaikan dua orang Islam yang hebat!

Syiah melakukan bid'ah didalam amalannya, misalnya memperbaharui tragedi kematian Husein setiap tahun dengan menampar muka-muka, dada-dada dan memukul sehingga berdarah. Sudah lebih dari 13 abad meneruskan bencana ini! Mengapa pula mereka tidak melakukan perkara tersebut apabila Ayah mereka sendiri dibunuh? Bukankah itu lebih baik?

Disini terdapatnya amalan syirik yang dilakukan dikubur. Kubur tempat dikebumikan Ahli Bayt, memohon pertolongan darinya dan berdo'a tanpa Allah. Terdapat juga dikalangan Sunni yang melakukan perkata tersebut, akan tetapi ulama' mereka telah membantah dan menafikan kebenaran perbuatan tersebut. Penjelasan diatas mengaitkan mereka dengan bid'ah, dan tidak menghukum mereka dengan kafir, atau kufur akbar, atau terkeluar dari agama.

4. Berkata al-Qaradhawi : Sesungguhnya perbezaan didalam Mazhab hanyalah pada perkara ranting, permasalahan amal, hukum ibadat dan muamalat, bukanlah merupakan satu masalah. Diantara kami dan Syiah bukanlah perselisihan yang besar dikalangan beberapa Mazhab Sunni. Syiekh kami, Syiekh Shaltut rh, bekas Syeikul Azhar pernah berkata bahawa dia telah berfatwa membenarkan Mazhab Ja'fari ; diatas perkara yang berkaitan cabang amalan penghukuman, dan mereka berbeza dari segi solat, puasa dan selain dari yang dua ini, berkemungkinan boleh ditolerasikan.

5. Apa yang beliau nyatakan didalam akhbar Mesir Hari Ini (al-Masri Al-Yaum) adalah merupakan sesuatu yang telus dan penegasan yang kuat, sebagaimana persidangan yang pernah beliau hadiri, samada di Rabat, Bahrain, Damsyik dan Doha, dan apa yang beliau telah dengar dari ulama' Syiah, dan apa yang telah beliau lontarkan semasa melawat Ayatollah di Iran 10 tahun yang lalu : Disana terdapatnya garisan merah yang harus kita ikut dan tidak boleh melepasinya, didalamnya termasuklah mengeji sahabat, penyebaran doktrin Syiah kepada negara-negara Sunnah tulen, dan kesemua ulama' Syiah telah bersetuju dengan beliau mengenai perkara ini.

6. Walaupun beliau mempunyai beberapa tanggapan (reservation) mengenai sikap Syiah terhadap jarum-jarumnya yang menembusi masyarakat Sunnah, beliau tetap berdiri dibelakang Iran didalam menuntut haknya memiliki tenaga Nuklear, dan menafikan sekuat-kuatnya ancaman Amerika terhadap mereka, dan kata beliau : "Kami berdiri menentang Amerika jika Iran diserang, Iran adalah sebahagian dari Darul Islam, perkara ini tidak boleh dikompromikan, Undang-undang kami mewajibkan kami mempertahankan mereka apabila dimasuki atau diancam orang luar, Semua agensi media Iran telah maklum mengenai pendirianku, dan beberapa pegawai resmi yang menghubungiku mengucapkan terima kasih dan menghargainya. Dan saya bukan berdiri kerana ingin mendapatkan simpati, tetapi saya mengatakan bahawa seseorang Muslim hendaklah menyokong seorang Muslim yang lain"

Kenyataan penuh beliau : http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=6226&version=1&template_id=238&parent_id=237

Sekian, wassalam

Thursday, March 19, 2009

Wednesday, March 18, 2009

CINTA dan IKUT Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam


Alhamdulillah. Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad. Amma ba’d.

Minggu lepas, di mana-mana pun masyarakat Muslim di seluruh dunia menyambut MaulidurRasul. MaulidurRasul disambut bagi memperingati tarikh kelahiran Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam.

Walaupun terdapat perbezaan pendapat di kalangan para ulama’ berkenaan tarikh sebenar kelahiran insan mulia Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam, namun rata-rata masyarakat kita telah menerima bahawa 12 Rabi’ul awwal merupakan tarikh maulidnya Baginda.

Di dalam kitab ar-Rahiq al-Makhtum karangan Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri menyatakan bahawa tarikh kelahiran Nabi Muhammad sallAllahu ’alaihi wasallam adalah pada hari Isnin 9 Rabi’ulawwal tahun pertama peristiwa gajah. Ia juga bersamaan 20 atau 22 April 571 (M).

Sebahagian ulama’ ada yang mengatakan menyambut maulid ar-Rasul harus, ada juga yang mengatakan ia bid’ah. Namun, saya lebih cenderung untuk tidak meraikannya. Kerana Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam tidak pernah menyuruh kita menyambutnya, dan malah para sahabat Baginda radhiAllahu ‘anhum ajmain juga tidak meraikannya. Namun, jika masyarakat di sini meraikannya dengan mengadakan ceramah dan kuliah maulidurRasul, saya juga turut hadir untuk mendapat peluang refresh sejarah kehidupan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam. Mudah-mudahan kita mendapat manfaat daripada sambutan maulidurRasul yang disambut, insyaALLAH.

Apa yang lebih utama dari menyambut hari kelahiran Baginda s.a.w sebenarnya ialah untuk kita menerapkan rasa cinta dan ikut sunnah Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam.

Bahkan, syarak telah menetapkan bahawa mencintai Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah sebahagian kewajipan seorang muslim.

Anas bin Malik r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mencintaiku lebih daripada ibubapa, anaknya dan seluruh ummat manusia.” - Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam telah dipilih ALLAH subhanahu wata’ala sebagai Pesuruh dan KekasihNYA. Kita sebagai muslim wajib mencintai insan yang paling dicintai dan diredhai ALLAH. Inilah peringkat cinta yang tertinggi di kalangan makhluq.

Betapa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah berkorban dan menghadapi pelbagai dugaan dalam berjuang untuk menyampaikan nikmat ISLAM dan IMAN yang kita perolehi saat ini.

Baginda pernah dipukul, disakiti, dicela, dimaki dan dipulaukan oleh orang yang paling hampir dengannya. Namun, Baginda tetap tidak berganjak dari misi menyampaikan wahyu kepada kita semua.

Sanggupkah kita melalui perkara yang sama seperti Rasulullah?! Banyak benar telah Baginda s.a.w lakukan untuk kami. Oh, Rasulullah…kami cinta padamu!!

Ungkapan cinta tidak memadai untuk kita menunjukkan rasa cinta kepada Baginda. Malah cinta sahaja tidak mencukupi. Kita mesti menerapkan al-hub wal-ittiba’ iaitu cinta dan ikut. Sebagai seorang muslim sejati, mencintai Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam perlu disertai dengan ikut sunnah yang Baginda s.a.w tinggalkan.

Jika sekadar cinta tetapi tidak ikut, samalah kita macam Abu Talib yang mencintai Nabi s.a.w sehingga kematian beliau. Tetapi sayang sekali, seruan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tidak mahu diterimanya. Sikap seperti ini ramai dimiliki oleh ahli masyarakat. Mereka mempunyai rasa cinta kepada Nabi s.a.w. Mereka marah dan berang apabila ada pihak mengutuk, mengejek, mengkeji, mengkartunkan dan memperlekehkan Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam. Sedihnya, dalam masa yang sama mereka tidak pula menurut perintah2 ALLAH melalui seruan Baginda s.a.w.

Jika sekadar ikut dan tidak cinta pula, samalah kita dengan para munafiqun yang berlegar-legar di sekeliling Nabi s.a.w. Mereka ikut Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam, malah melakukan beberapa sunnah, tetapi di dalam hati mereka tidak mencintai pun Nabi s.a.w, malah mempunyai niat buruk kepada Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam.

Bagaimana cara kita meluahkan rasa cinta kita kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam?

1. Kenali Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam

Kisah-kisah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam yang kita pelajari sejak di bangku sekolah sepatutnya telah menjadikan kita mengenali peribadi Baginda s.a.w. Daripada kisah2 tersebut, banyak yang telah kita ketahui betapa pengorbanan dan perjuangan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam untuk menyampaikan seruan ALLAH subhanahu wata’ala sangat berar kepada kita.

Dengan mengenali kisah Nabi s.a.w, pasti akan terbit rasa cinta. Orang kata, “Tak kenal, maka tak cinta”. Jadi, untuk menerbitkan rasa cinta, kita perlu menyelidiki sifat dan sejarah Baginda s.a.w. Kenalilah Nabi s.a.w. InsyaALLAH, melalui buku-buku, ceramah, kuliah dan lain2 sumber banyak boleh didapati. Dalam ceramah-ceramah maulidurRasul juga dapat kita ambil manfaat untuk refresh apa yang kita lupa dan mengambil ilmu dari para penceramah yang ‘alim, insyaALLAH.

2. Bersolawat

Ummat ISLAM disuruh untuk bersolawat kepada Baginda.

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” - al-Ahzab: 56.

Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan berselawat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim)

Sentiasalah bersolawat. Tatkala lapang atau sibuk, getarkanlah lidah kalian dengan bersolawat. Solawat iaitu do’a kesejahteraan kepada Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah cara yang paling sesuai untuk kita menerapkan dan menyuburkan rasa cinta kepada Nabi s.a.w.

Solawat Ibrahimiyyah iaitu seperti solawat yang dibaca tatkala tasyahud dalam solat sangat disarankan membacanya kerana ia telah diajarkan oleh Rasulullah untuk kita amalkannya.

selawat-ibrahimiyyah

3. Menghidupkan sunnah.

Hendaklah kita cuba sedaya upaya untuk mengamalkan segala sunnah Baginda samada dari segi perkataan mahupun amalan.

Pada susuk tubuh dan akhlaq Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam terdapat banyak tauladan dan kebaikan yang boleh kita ambil. Firman ALLAH yang maksudnya:

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” Surah al-Ahzab: 21.

Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya aku telah tinggalkan di antara kalian sesuatu yang jika kalian berpegang teguh dengannya, maka kalian tidak akan tersesat selamanya; iaitu kitabullah dan sunnah NabiNYA.” (Disahihkan oleh Al-Hakim)

“Barangsiapa yang membenci sunnahku, maka dia bukan termasuk golonganku” (HR Muttafaqun ‘alaih)

“Aku berwasiat kepadamu agar bertakwa kepada Allah ‘Azza wajalla, agar mendengar, taat dan patuh meskipun pemimpinmu seorang budak. Barangsiapa hidup panjang umur dari kamu maka dia akan melihat banyak silang-sengketa. Berpeganglah kepada sunnahku dan sunnah-sunnah khulafaur rasyidin yang mendapat petunjuk dan hidayah (sesudahku). Gigitlah kuat-kuat dengan gigi gerahammu. Waspadalah terhadap ciptaan persoalan-persoalan baru. Sesungguhnya tiap bid’ah mengandung kesesatan.” (HR. Tirmidzi)

Segala pesanan dan perintah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam wajib untuk kita ta’at dan amalkan. Perintah, pesanan dan nasihat Baginda s.a.w boleh kita ikuti melalui pembacaan buku2 hadith yang banyak di pasaran. Cara Baginda s.a.w bercakap, berjalan, makan, minum, bergurau, gelak, berpakaian, berniaga, berjiran, bermasyarakat, berumahtangga, bernegara dan sebagainya wajar diambil untuk diamalkan di dalam kehidupan kita.

Nescaya, hidup kita akan sejahtera, berkat dan lebih bermakna sekiranya sunnah-sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam diamalkan dalam kehidupan seharian.

Mudah2an MaulidurRasul yang baru-baru ini ramai di kalangan kita raikan dapat membuka minda dan mencetus keazaman untuk mencintai dan mengikuti sunnah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan ummat Baginda s.a.w yang beruntung dan diberi syafaat di akhirat kelak, amin.

GABUNGAN UMNO - PAS

Bergabung Atas Asas Apa?

Apakah laungan gabungan antara PAS-UMNO sejak kebelakangan ini hanya suatu retorik atau sememangnya ada agenda tersembunyi yang ingin diraih dengan lontaran cetusan idea oleh bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo? Walau apapun agendanya yang pasti ini adalah suatu lontaran pemikiran yang perlu dilihat dari kacamata Islam. Persoalannya ialah mengapa isu ini muncul tiba-tiba di saat ini? Mungkinkah untuk meraih undi populariti menjelang pemilihan agung UMNO? Ataukah mungkin untuk mengalih perhatian rakyat dari isu serangan oleh ahli dewan undangan rakyat(ADUN) dari Pakatan Rakyat baru-baru ini terhadap beliau? Hanya beliau sahaja yang ada jawapannya. Islam sebagai suatu sistem kehidupan yang diturunkan oleh Allah SWT untuk mengatur dan menyelesaikan seluruh persoalan kehidupan manusia ini sememangnya mempunyai jawapan kepada persoalan di atas.

Terlampau banyak ayat al-Quran yang menjelaskan bahawa adalah menjadi suatu kewajiban bagi umat Islam itu bersatu di atas dasar aqidah. Bergabung atau bersatunya bangsa Melayu itu seharusnya bukanlah atas asas bangsa tetapi adalah atas dasar aqidah Islam itu sendiri. Inilah yang sebenarnya dituntut oleh Islam. Firman Allah SWT “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara”. [TMQ al-Hujuraat (49):10]. Bersatunya umat Islam itu adalah dalam rangka mentaati perintah Allah SWT bukan selain darinya. Firman Allah SWT. “dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)”[TMQ al-Maa-idah(5):2]. Dan sudah semestinya bergabung dan bersatunya umat Islam itu adalah untuk berpegang teguh dengan Islam bukan yang selain dari.

Bukan diatas asas bangsa ashobiyyah. “dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya” [TMQ ‘ali-Imran:(3):103].

Jika inilah asas yang dijadikan dasar untuk umat Islam bersatu maka kita yakin bahawa idea yang dilontarkan itu akan pasti dapat direalisasikan sebagaimana kejayaan pemimpin politik ikutan umat Islam, Nabi Muhammad SAW yang telah berjaya menyatukan kelompok ‘Aus dan Khazraj di Madinah dan seterusnya berjaya mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Anshar. Sejarah kegemilangan sistem Khilafah yang pernah terwujud selama 1400 tahun dengan kejayaannya menyatukan pelbagai bangsa dan kaum di bawah suatu sitem pemerintahan (Khilafah) merupakan bukti kemampuan Islam untuk menyatukan seluruh umat manusia. Apa yang perlu ada untuk menghasilkan keinginan ini adalah suatu pakej idea/fikrah dan suatu sistem yang akan membumikan idea/fikrah tersebut. Tidak lain sistem tersebut adalah Khilafah. Jika Islam tidak dijadikan asas, sebaliknya manfaat dan asas 'kemelayuan' yang dijadikan tolok ukurnya bagi menggagas idea gabungan UMNO dan PAS maka sudah pasti impian untuk melihat idea ini terealisasi akan hanya menjadi mimpi fatamorgana di siang hari. Dan sejarah 1974 itu kembali berulang...