DOA BUAT MU AHLI GHAZZAH

Wanita

Photobucket

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM.....

Thursday, April 7, 2011

Menentukan Arah Kiblat

Antara kaedah yang kita boleh gunakan untuk menentukan arah Kiblat tanpa menggunakan kompas adalah seperti berikut:



1. Pada waktu malam yang gelap maka carilah bintang tiga sederet dalam bentuk Buruj Belatik (Badabur Orion). Walau bagaimanapun, kaedah ini memerlukan kemahiran ilmu bintang.

2. Dengan menjadikan bintang Qutbi (Polaris), iaitu bintang yang menunjukkan arah utara bumi sebagai tunjuk arah (Polaris). Cara ini juga memerlukan kemahiran dalam ilmu bintang.

3. Dengan merujuk kepada posisi matahari, iaitu dengan memerhatikan arah ia terbit dan terbenam. Arah terbit adalah pada sebelah timur dan arah terbenam pada sebelah barat. Sebelah barat adalah arah kedudukan Makkah secara rawak dan ianya boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah Kiblat.

4. Menggunakan posisi zawal matahari di Kaabah, iaitu kedudukan matahari yang berada tepat di ka’abah. Ia hanya berlaku 2 kali dalam setahun. Sekali apabila matahari bergerak menuju titik utara iaitu pada 28 Mei (17:16) setiap tahun dan sekali lagi pada 16 Julai (17:28) apabila matahari kembali ke ekuinok.

Kedudukan matahari yang tepat di atas Ka’abah semasa zawal akan menyebabkan bayangan sebarang objek di seluruh dunia menjadi tegak ke arah Ka'abah dan ini boleh dijadikan sebagai kaedah untuk mengetahui arah Kiblat mengikut arah bayangan objek tersebut.

Peringatan:

- Jika matahari jatuh di sebelah barat maka bayangnya adalah disebelah timur,jadi arah kiblat ialah arah yang berlawanan dari arah timur iaitu sebelah barat.

- Mengikut hisab; waktu tersebut ialah pada pukul 12:16 tengahari waktu di Makkah dan bersamaan 17:16 petang waktu di Malaysia.

-Pada tahun lompat (Feb 29 hari), tarikhnya ditambah satu hari iaitu pada 29 Mei dan 17 Julai.