DOA BUAT MU AHLI GHAZZAH

Wanita

Photobucket

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM.....

Sunday, December 5, 2010

Maal Hijrah: Dilema di sebalik Relevant Peristiwa Sejarah dan Dakwaan Ibadah


Setiap tahun sempena ketibaan Tahun baru Hjrah, adalah menjadi kelaziman  sebahagian besar umat Islam di Malaysia, mereka akan melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’. Doa akan dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali, dan dikatakan fadhilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.
Begitu besarnya kelebihan yang disebut-sebut tentang doa awal dan akhir tahun ini. Maka tidak hairanlah ramai yang mempercayainya kelebihan itu; sehingga di sesetengah sekolah, asrama, atau pejabat-pejabat, ia dibaca secara berkumpulan, dengan dipimpin oleh seorang ustaz selaku tekong dalam upacara doa tersebut dan diaminkan oleh jemaah. Begitu juga di surau-surau dan masjid-masjid tidak ketinggalan menganjurkan majlis—mallis khas bacaan doa ini.

Sejarah berlakunya peristiwa Hijrah Rasulullah saw


Ahli-ahli sejarah meriwayatkan bahawa nabi s.a.w keluar dari rumah baginda menuju ke rumah Abu Bakar untuk berhijrah adalah pada bulan Safar. Al-Syeikh Al-Mubarakfuri dalam buku sirahnya yang terkenal Al-Rahiq al-Makhtum mencatatkan bahawa ia berlaku pada 27 Safar bersamaan dengan 13 September tahun 622M. Kemudian di Gua Thur.
Pada hari pertama Rabiul Awwal bersamaan 16 September barulah baginda bergerak ke Madinah atau yang dikenali dengan nama Yathrib ketika itu. Pada hari Isnin, bersamaan 8 Rabiul Awwal bersamaan dengan 23 September barulah baginda sampai ke Quba. Baginda berada selama empat hari di Quba dan mengasaskan Masjid Quba. Kemudian pada hari Jumaat minggu tersebut barulah baginda memasuki Madinah.
Dengan ini, maka sangkaan sesetengah pihak bahawa Nabi s.a.w berhijrah pada bulan Muharram adalah tidak tepat. Sebaliknya bulan Muharram adalah bulan pertama dalam perkiraan Arab. Maka tahun hijrah dikira bukan kerana Nabi s.a.w berhijrah pada Muharram, tetapi kerana tahun berkenaan berlakunya peristiwa hijrah. Maka tahun peristiwa itu berlaku dikira sebagai tahun pertama. Adapun bulan Muharram sememangnya bulan pertama bagi tahun Arab seperti Januari bagi tahun Masihi.


Adakah doa yang khusus bagi awal tahun?


Adapun doa khusus yang dibaca serta majlis-majlis bacaan khusus sempena awal tahun tidak pernah diajar oleh Nabi s.a.w juga para sahabat baginda. Bahkan Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab yang memulakan perkiraan tahun Islam dengan tahun berlakunya Hijrah Nabi s.a.w. itu pun tidak pernah mengadakan majlis ibadah khusus seperti itu. Sedangkan tidaklah kita ini lebih tahu mengenai hal ehwal ibadah melebihi Nabi s.a.w. bahkan hadith Rasulullah saw menjelaskan bahawa sebaik-baik petunjuk itu adalah petunjuk Rasulullah s.a.w.


Bolehkah mengadakan majlis pada awal tahun hijrah?


Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat "bahawa sambutan Hijrah tidak boleh dibuat atas asas ianya amalan khas agama ini. Ini adalah kerana kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada mengada-adakan perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w. dalam soal ibadah atau menokok tambah agama sebagaimana sabda baginda saw: “Sesiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan agama ini maka dia tertolak” Riwayat Muslim.

Namun majlis mengingatkan rakyat tentang tahun baru ini boleh diadakan atas adat negeri atau bangsa dengan tujuan mengingatkan umat Islam tentang tarikh baru sesuatu tahun agar dengan itu umat Islam dapat merancang aktiviti dan menimbulkan semangat kesepakatan serta kesungguhan.


Perhimpunan menggerakkan semangat pencapaian dan kerja adalah urusan kehidupan yang dibolehkan oleh syarak selagi tiada dalil tentang keharamannya. Ia bukanlah ibadah khusus.
Samalah seperti, apabila kita melintasi sesuatu tempat atau negeri kita menyebut tentang sejarahnya, demikian juga apabila kita melintasi sesuatu tarikh kita menyebut tentang sejarahnya. Sebagai satu pengajaran dan proses pembelajaran. Ia dibolehkan.
Namun ibadah yang khusus sempena tarikh berkenaan tidak boleh dilakukan melainkan terdapat dalil yang sabit daripada baginda Nabi s.a.w."


Hukum Membaca Doa Akhir Tahun/Awal Tahun

Membaca doa awal tahun dan akhir tahun Tidak sabit atau tidak ada dinyatakan dalam sebarang hadis yang sahih, ataupun yang dha`if . Juga tiada dalam kitab sihhah, sunan, masanid, mustadrakat, ...
Lebih jelas lagi tidak pernah direkodkan dalam mana-mana kitab hadis yang muktabar, tidak pernah juga dinukilkan amalannya di kalangan para sahabat, tabien dan para salaf, dan tidak ada disebut oleh imam-imam yang masyhur. Tidak terdapatnya pertunjuk wahyu atau nas tentangnya. 

Sesuatu perbuatan berkaitan ibadat seperti doa yang dikaitkan dengan waktu yang sesuai dibaca, berapa kali doa mesti diulang, fadhilat-fadhilat membaca doa tersebut adalah dianggap 'dakwaan atau Bid'ah semata. 

Kita sebagai hamba Allah tidak layak menetapkan kaifiat tertentu untuk membaca doa. Hanya Allah dan Rasul sahaja yang berhak menentukannya. Oleh kerana itu tidak perlulah kita bersungguh-sungguh beramal dengannya. Manakala ganjaran yang di janjikan seperti menghapuskan dosa setahun yang lalu dalam doa tersebut tidak dapat menjamin kemakbulannya di sisi Allah swt, tidak juga boleh dijamin oleh orang yang mencipta doa tersebut yang dirinya juga belum tentu takdirnya diakhirat.

Adakah Doa Awal tahun/Akhir Tahun suatu Ibadah baru?

Doa awal dan akhir tahun yang diamalkan sekarang mempunyai kaifiat tertentu dengan bacaan tertentu dan mempunyai kelebihan tertentu, ini yang dikatakan mencipta ibadah yang baru. Manakala berdoa dengan doa yang direka sendiri dan untuk kegunaan sendiri tanpa iktikad mempunyai kelebihan tertentu dan tanpa disebarkan atau dibuat dengan cara-cara tertentu, maka ia termasuk dalam umum berdoa.

Sejauh mana kita boleh melibatkan diri dalam jamaah yang melakukan perbuatan tersebut?

Melibatkan diri dengan jemaah yang melakukan bidaah samalah juga ertinya kita redha dengan perbuatan tersebut. Adalah lebih baik bagi kita berusaha untuk menerangkan hakikat yang sebenar perbuatan tersebut dengan penuh hikmah daripada mendiam diri semata-mata untuk menjaga hati masyarakat. 

Tidak ada kaitannya sekiranya ada yang beralasan hal ini akan menyebabkan jemaah semakin kurang hadir di masjid . Kerana sudah jelas realitinya di mana-mana surau atau masjid menghadapi masalah jemaah yang kurang. Jika diteliti punca sebenar jemaah yang kurang ini adalah disebabkan berleluasanya amalan bida'ah yang menyebabkan orang memandang ibadah itu suatu yang terlalu kompleks dan rumit sedangkan ianya amat mudah dilaksanakan. Sebagai contoh, hukum feqh yang memayahkan niat sebelum solat dengan lafaz 'Usolli'.

Sumber rujukan: Al-Fikrah.net



1 comment:

FARISZ@AZ.Com said...

Qistina,

Jika saya membaca doa akhir tahun dan awal tahun,adakah saya ahli bidaah?