DOA BUAT MU AHLI GHAZZAH

Wanita

Photobucket

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM.....

Monday, May 18, 2009

Jadilah Hamba sebelum menjadi ketua

calm_islam_by_issam_zerr

Senerio politik dunia dan negara kita sendiri, sering menarik perhatian kita yang cintakan kebaikan dan kemakmuran sejati. Namun silih berganti pemimpin dan parti di banyak negara umat Islam, seperti Khalida dan Hassina di Bangladesh, diantara Musharraf dan Zardari di Pakistan, diantara Mujahideen dan Taliban di Afghanistan, ia sering diikuti dengan kekecewaan umat Islam yang mengamati dari luar, apatah lagi umat mereka yang secara langsung berhempas pulas memerah keringat ketika Pilihanraya bagi memastikan pilihan mereka menang atau yang bermatian berjihad di medan perang. Ramai umat Islam menyangka kemelut yang melanda mereka adalah kemelut kepimpinan dan pentadbiran negara semata-mata, namun hakikatnya kepincangan dan penyakit yang berlaku di jasad umat ini adalah jauh lebih parah dari yang disangka. Kanser dijasad umat ini telah berlarutan ratusan tahun sejak dicengkam Penjajahan Barat dan Peperangan Ideologi (Ghazwah Fikri). Ia bukan terhad kepada sekadar runtuhnya Khilafah Islam dan hilangnya kesatuan umat. Ia bukan sekadar Penjajahan Barat dan Timur ke atas bumi umat Islam. Ia bukan sekadar umat ini ketinggalan dalam teknologi dalam hampir kesemua bidang ilmu dan kehidupan . Hakikatnya, umat Islam hari ini telah sampai ke tahap mundur, hilang identiti aqidah, ibadah, akhlak dan ciri-ciri keIslaman yang melayakkannya berada diposisi Kekuatan dan Kepimpinan, hingga ketahap lenyapnya asas dan tiangseri bagi tertegaknya sebuah masyarakat dan negara !

pengguguran-melayu

Kes penguguran bayi oleh gadis-gadis sunti Melayu di Malaysia sedang mencapai tahap kronik. Ini bukan sekadar isu gadis tersebut semata-mata, bahkan ia adalah isu negara dan kepimpinan, isu umat dan identiti, isu kesedaran awam dan sikap, isu jiwa dan keperibadian, isu aqidah dan tarbiyah. Perubahan yang diusahakan oleh Dakwah bukan sekadar perubahan pentadbiran, kepimpinan dan akta akan tetapi perubahan kepada Asas-asas dalam sesebuah masyarakat dan negara iaitu aqidah, kefahaman, ibadah, jiwa dan akhlak yang panggil identiti Islam. Allah tidak merubah satu kaum melainkan mereka merubah apa yang ada dalam jiwa mereka sendiri.

Petikan KOSMO! :

KONSERT SUNBURST KL 2009 “Dengan pakaian terdedah disulami tarian yang boleh diklasifikasikan sebagai ‘ghairah’ membuatkan pentas itu tidak ubah seperti ‘disko mini’. Apalagi bila mereka berebut-rebut untuk mendapatkan Pharrell…. ” (Foto gadis-gadis tempatan dan komen mengenainya yang lebih tidak sedap dilihat dan didengar tidak disertakan di sini).

dicampak-dari-ting-171

Bayi yang baru dilahirkan mati di tempat kejadian setelah dicampak dari tingkat 17. “Dan apabila jiwa-jiwa dihimpunkan (di Hari Kiamat). Dan apabila bayi-bayi yang ditanam menyoal ‘kerana dosa apa mereka dibunuh?’. Dan apabila lembaran-lembaran dibentang …” (At-Takwir:8-10).



hishamudin01

“Jadilah hamba Allah sebelum ketua Umat” adalah kaedah umum kepada kesemua individu dan pertubuhan yang bercita-cita memimpin dan membimbing sesebuah umat Islam. Negara tersebut kemudiannya berperanan menyebarkan Dakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia. Mereka yang tidak melalui proses menjadi hamba Allah tidak akan mempunyai agenda mengajak manusia yang lain menjadi hamba-hamba Allah yang berperanan membawa panji-panji Dakwah ke serata dunia. (Foto Hiasan).

Tidak mungkin penyelesaian menyeluruh dan sejati hanya dengan pembaikan juz’iyy (sebahagian/tempelan), membuat perubahan aspek atau bidang itu dan ini atau memajukan teknologi-teknologi tertentu. Ini adalah kerana kepincangan yang berlaku lebih parah dan lebih mendalam. Umat Islam hari ini telah berjaya diheret musuh hingga terpaksa berada semula di fasa awal dalam pembinaan sesebuah tamaddun. Susuk asas sebuah Negara Islam telah tiada. Kekuatan hakikinya telah lenyap buat pertama kalinya sejak ia pernah tertubuh dalam bentuk sebuah Negara Islam di Madinah suatu masa dahulu. Oleh kerana itu, projek Kebangkitan ini harus bermula sama seperti mana yang dimulakan oleh Rasulullah saw, bermula dengan membentuk individu Islam, keluarga Islam, jemaah dan masyarakat Islam sehinggalah ia mencapai fasa peneguhan (At-Tamkin) dan penubuhan Negara Islam dan berterusan hingga mencapai Ustaziatul Alam (Memimpin dan membimbing alam).

200px-wtc_arial_march2001180px-national_park_service_9-11_statue_of_liberty_and_wtc_fire1

245px-freedom_tower_new

ikh1

Barat sabar berdekad bahkan berabad dalam memberi fokus kepada tarbiyah dan merubah identiti di dalam diri dan jiwa umat Islam, lalu mereka mencapai matlamat yang mereka mahu dalam menundukkan umat Islam sehingga ke hari ini. Dalam pertembungan ini. Barat fokus jiwa, sedang umat Islam fokus benda. Ramai umat Islam gopoh, lupa mentarbiyah umat, dan fokus kepada isu pentabiran dan sistem semata-mata dan ada yang seronok melihat bangunan musuh, bukannya jahiliyah di dalam jiwa mereka, dimusnahkan. Mereka tidak ke mana, bahkan Amerika membina Freedom Tower (1776 kaki / 541 meter), 48 kaki lebih tinggi, menggantikan Word Trade Centre (1728 kaki / 527 meter) yang diruntuh dan membunuh ribuan orang awam.

albanna

Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna (1906 – 1949), pengasas Ikhwan Muslimin.

“Wahai Ikhwan, terutama mereka yang bersemangat ingin cepat menang diantara kamu. Dengar dariku kalimat yang tinggi berkumandang dari atas minbar di Muktamar ini. Sesungguhnya Jalan kamu ini telah digariskan fasa-fasanya, telah diletakkan garis panduannya. Aku tidak akan menyalahi garis-garis panduan yang aku amat meyakini bahawa ia adalah Jalan yang paling selamat untuk sampai (ke matlamat). Memang, kekadang ia Jalan yang panjang, tetapi tidak ada jalan yang lain. Kehebatan seseorang akan terpancar melalui kesabaran, teguh, bersungguh dan bekerja tanpa henti. Sesiapa dikalangan kamu yang gopoh ingin memetik buah sebelum masak atau memetik bunga sebelum kembang, maka aku sekali-kali tidak bersama dia. Elok sekiranya dia meninggalkan Dakwah ini dan pergi ke perjuangan-perjuangan lain” (Hasan Al-Banna)

Sepak terajang politik kepartaian di banyak negara tidak mengenal keikhlasan, sedang keikhlasan dan tarbiyah adalah asas Kemenangan. Ditangan Allah segala sesuatu. Generasi Islam Terdahulu menang kerana keimanan mereka, ruh mereka suci, jiwa mereka bersih, amalan mereka berlandaskan aqidah dan keyakinan, bukan didorong oleh akta dan paksaan semata-mata. Mereka menjadikan semua yang dimiliki sebagai waqaf demi kemenangan Aqidah mereka sehingga jiwa mereka larut ke dalam aqidah mereka, dan aqidah mereka larut pula kedalam jiwa mereka. Diri mereka adalah fikrah Dakwah ini dan fikrah Dakwah ini pula adalah diri mereka sendiri yang bergerak ke sana ke mari di tengah khalayak dan mengesani orang ramai. Jadilah mereka hamba-hamba Allah yang sejati. Lalu Allah mengilhamkan untuk mereka Bimbingan dan Ketepatan disepanjang Jalan ini.

termenung

Begitu juga hendaknya kita yang ingin memperjuangkan Dakwah ini diatas Jalan yang sahih. Mengetahui hakikat dan sebab kemunduran umat Islam adalah prasyarat bagi mengetahu fasa-fasa yang bakal kita lalui. Tidak mungkin kita boleh menjadi wakil rakyat dan menteri yang memimpin sebelum kita menjadi hamba-hamba Allah swt yang terpimpin. Jika sebahagian manusia berhujah usaha sudah berjaya dengan menduduki parlimen semata-mata, itu hanya pencapaian memegang tampuk kekuasaan sementara dan bukan pencapaian Daulah sejati yang diidamkan. “Jika dikalangan kamu terdapat mereka yang berpenyakit hatinya, pincang matlamatnya, tersembunyi ketamakannya, tercalar latarbelakangnya, maka keluarkanlah mereka dari saf kamu kerana sesungguhnya mereka penghalang dari turunnya rahmah Allah, menyekat Dakwah ini dari beroleh taufiqNya” (Hasan Al-Banna).

Jalan ini membawa kesemua pengertian dan hakikat yang saya sebutkan di atas. Dakwah ini mengajak sekelian manusia ke arah itu dan ia jua sanggup menanggung kepayahan apa sahaja dalam meneguh dan mencapai matlamatnya di tengah-tengah masyarakat. Kita bukan membawa suatu perkara yang baru. Akan tetapi ini adalah hakikat silam yang kita membawanya kembali di alaf baru. Hampir manusia melupainya.

Hakikat “Jadilah hamba sebelum menjadi ketua” bukanlah suatu yang mudah seperti yang disangka ramai manusia. Ia bukan sahaja ditujukan kepada individu akan tetapi ditujukan juga kepada keluarga dan sesebuah masyarakat yang ingin mencapai Negara Islam yang hakiki. Ia tidak mungkin dicapai dalam masa sehari semalam bahkan mungkin bukan dalam satu generasi. Ia dicapai melalui jerih payah dan tarbiyah yang berterusan, agar kita dapat menghasilkan rijal, bukan sekadar tulisan, kerana kita bercita-cita menegakkan Agama yang menjadi asas kepada Negara dan Tamaddun, menyedarkan umat Islam dari lamunan agar mereka bangun, berkerja keras ke arah memimpin dunia ini.

Sesungguhnya umat Islam dan para duat hari ini sangat berhajat kepada kejelasan kefahaman Manhaj Taghyir seperti ini agar jelas pula gerak kerja Dakwah mereka, lurus barisan mereka agar perjalanan menjadi tepat menuju ke matlamat yang diharapkan.

cal13

“Allahumma ij’alid dunya fi aydina, wala taj’alid dunya fi qulubina” (Ya Allah, jadikanlah dunia dalam genggaman tangan- tangan (kekuasaan) kami. Jangan Engkau jadikan dunia (bertahta) di dalam hati-hati kami)”.

“Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan beramal soleh (HAMBA), sungguh Dia akan melantik mereka menjadi khalifah di muka bumi (KETUA) sepertimana Dia telah melantik pemimpin dikalangan orang-orang sebelum mereka …” (An-Nuur:24).

Ustaz Halim INIJALANKU www.inijalanku.wordpress.com

No comments: